#sifoodotcom

6 Platform Web Belajar Online Dari Rumah Di Malaysia

Klik Penaja Kami

Belajar online dari rumah menjadi trend pilihan masa kini seiring dengan era pendigitalan kandungan pembelajaran dan pendidikan digital.

Saluran pendidikan juga tidak ketinggalan terkesan akibat pandemik Covid-19 yang melanda dan memaksa pusat latihan dan pusat pendidikan beralih kepada platform web online.



Klik Penaja Kami

Oleh itu, kita mestilah mengikut arus teknologi semasa dengan mempersiapkan diri pada masa sekarang dengan ilmu-ilmu multimedia sama ada berkaitan design kreatif, suntingan video, dan banyak lagi.

Di sini kami kongsikan beberapa cadangan platform laman web yang boleh dijadikan medium belajar secara atas talian di Malaysia yang menggunakan Bahasa Malaysia.


1. Uni.sifoo.com

UNI SIFOODOTCOM adalah platform terbaik untuk belajar multimedia kreatif secara online.

Di sini anda boleh memahami perkara asas dengan mudah dan bersama tenaga pengajar yang membimbing dari awal hingga akhir setiap modul yang lengkap dengan video mengikut topik, nota, bahan kursus serta link interaktif.

Antara kursus yang ditawarkan:

  • Adobe software (Photoshop, Illustrator, Premiere Pro, After Effects)
  • Canva
  • Smartphone Videography
  • Lukisan Doodle

2. Weekan

Pilihan lain seakan di atas adalah Weekan. Ia turut memberikan kursus multimedia kreatif kepada pemula dalam menggunakan software.



Klik Penaja Kami

Antara kursus yang ditawarkan:

  • Adobe software (Photoshop, Illustrator, Premiere Pro)
  • Blender
  • Setup Woocommerce
  • Programming

3. MyClaaz

Untuk platform MyClaaz lebih istimewa kerana bukan sahaja menawarkan khidmat pengajaran multimedia kreatif, ia juga mempunyai kursus belajar bahasa, ilmu pengajian islam, sukan dan bisnes.

Terdapat juga jarak lokasi tempat belajar supaya memberi pilihan kepada anda untuk berurusan secara atas talian atau secara fizikal.

Antara kursus yang ditawarkan:

  • Software Multimedia
  • Subjek Sekolah
  • Bisnes
  • Sukan
  • Ilmu Pelaburan

4. Tarbiah Kreatif

Tarbiah Kreatif sama seperti yang lain memberi tawaran kursus dalam kemahiran multimedia.

Dikendali secara fizikal atau maya mengikut kesesuaian keadaan semasa.

Antara kursus yang ditawarkan:

  • Adobe software (Photoshop, Illustrator, Premiere Pro, After Effects)
  • Canva
  • Microsoft Office
  • Digital Arts
  • Social Media & Online Marketing

5. SkilleasyHub.My

Buat masa ini SkilleasyHub.My tiada lagi website yang boleh dikunjungi, namun mereka mempunyai Page Facebook yang boleh diikuti untuk mengetahui informasi lanjut.

Sebarang urusan hanya melalui laman Facebook dan boleh juga dihubungi melalui Whatsapp.

Antara kursus yang ditawarkan:

  • Adobe software (Photoshop, Illustrator, Indesign, Premiere Pro)
  • Canva

6. Bengkelgrafik.com

Platform ini dibina secara persendirian dengan menawarkan bengkel grafik asas kepada pemula.

Antara kursus yang ditawarkan:

  • Adobe Photoshop
  • Adobe Illustrator
  • Adobe Indesign

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

2 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed