#sifoodotcom

7 Free E-Book Terbaik Untuk Designer

Kursus di SIFOODOTCOM

Membaca sangat penting untuk menambah ilmu pengetahuan. Namun kadang-kadang kita mengalami kesukaran untuk mencari buku yang sesuai dan berbaloi untuk dibaca, betul?

Kali ini saya nak kongsikan antara 7 e-book percuma yang menjadi pilihan saya. Banyak e-book percuma berkaitan dengan design di luar sana, tetapi ini antara yang menjadi kegemaran saya.

1. Design’s Iron Fist

Buku ini dikarang oleh seorang designer dan penulis iaitu Jarrod Drysdale. Dia seorang yang rajin berkongsi ilmu yang dimiliki di websitenya. Dalam buku ini mengajar kita untuk bagaimana bermula dengan dunia design dan bagaimana untuk menyelesaikan permasalahan berkaitan design.

Tak tebal sangat, 108 muka surat yang cukup mudah difahami.

2. Pixel Perfect Precision Handbook

Ini antara e-book terawal yang saya pergi print siap-siap dikedai untuk jadi bahan rujukan. Print dan binding cantik-cantik lagi. Layout buku dia sangat kemas dengan nota mengenai design yang sangat basic dengan penerangan yang senang difahami.

Lengkap dengan contoh Do and Don’t. Lebih kepada penerangan UI & UX design. 214 halaman yang penuh dengan nota kecil, tetapi padat.

3. Breaking the Time Barrier

Woah! e-book ini sangat menarik. Penyampaian dalam bentuk penceritaan terasa membaca novel cerpen berkaitan bisnes. Kalau korang baca e-book ini, pasti terasa 2 3 isi yang saya kongsikan bersumberkan e-book ini.

E-book ini banyak bercerita tentang pengurusan masa, bisnes dan klien. Buku ini tidak fokus design, tetapi sangat sesuai untuk pengurusan masa dan klien bagi freelance designer.

4. The Design Funnel

Daripada sebuah website yang hebat berkongsi content yang bernas, changethis.com berkongsi nota kecil berkaitan design pada e-book ini.

E-book ini tidak memiliki helaian yang banyak, tetapi cukup berbaloi untuk dibaca. Ya, lebih baik sedikit tetapi padat berbanding banyak tetapi tidak selesai baca betul?

5. How to be Creative

Ya, sama dengan sumber di atas, ini juga salah sebuah e-book yang terbaik mengolah tentang kreativiti. Banyak yang saya belajar dari e-book ini. Apa yang saya kongsi juga terinspirasi daripada e-book ini.

Berbeza dengan e-book di atas, e-book ini memiliki 49 muka surat yang penuh dengan perkongsian berguna untuk kita menjadi seorang kreatif yang baik dan berjaya.

Motivasi yang akan banyak menyedarkan diri kita. Padat perkongsian dalam e-book ini, dan ini antara bacaan kegemaran saya.

6. Graphic Style Lab

Buku ini ada dijual di pasaran. Sebolehnya beli sebagai koleksi dan sokongan kepada penulis. Apapun boleh baca di link tersebut secara terus tanpa download memancangkan admin lock untuk download.

Buku ini sedikit panjang huraiannya, tetapi sangat menaraik kerana ia mendedahkan jenis-jenis design, dan macam mana untuk mencipta style-style design tertentu.

Buku ini juga sangat penuh dengan inspirasi yang boleh dijadikan rujukan atau proses mencipta idea. Berbaloi untuk dibaca satu persatu sampai habis, percayalah.

7. Branding Guide for Successful CEOs

Ini antara e-book yang menarik untuk dibaca berkaitan Branding. Saya suka follow penulis dia, rajin berkongsi di website dan instagram.

Layout ebook ni juga kemas. Penerangan secara terperinci berkaitan:

  • Brand
  • Brand Identity
  • Branding

Bunyi macam sama, tapi berbeza. Ada dihuraikan dalam ebook ini. terbaik!

Konklusi

Sebagai konklusinya, download dan bacalah ebook-ebook ini di telefon pintar kita. Pintarkan minda kita dengan kemudahan smartphone sekarang untuk membaca dimana-mana sekalipun.

Ada banyak lagi ebook yang menarik yang hendak saya kongsikan. Cukuplah setakat ini buat kali ini. Pastikan baca jangan tak baca. 🙂

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed