Design untuk pengiklanan tidak semudah yang disangkakan. Ia memerlukan penelitian dan fokus yang sesuai untuk memastikan keberkesanannya. Tidak seperti video pengiklanan, pengiklanan melalui design poster yang statik, lebih mencabar. Namun, kekuatan yang ada pada pengiklanan berbentuk poster adalah kepantasan mesej yang hendak disampaikan kepada orang ramai.
Kali ini #sifoodotcom ingin berkongsi kepada anda antara tip dan Teknik untuk design pengiklanan yang berkesan. Boleh jadi design pengiklanan untuk kegunaan digital mahupun cetakan fizikal.
1. Mesej Ringkas & Padat
Bunyinya seperti senang, tetapi sebenarnya tidak. Ramai pemilik bisnes yang ingin masukkan segala macam maklumat dalam pengiklanan. Seolah-olah ingin menerangkan 1001 penyelesaian, manfaat ataupun kelebihan daripada produk mereka. Dengan anggapan, orang ramai akan lebih jelas apa yang ingin disampaikan, tetapi sebenarnya tidak sebegitu.
Fokus kepada mesej utama pengiklanan tersebut. Ketahui objektif pengiklanan.
- Jualan sempena perayaan atau peristiwa?
- Jualan untuk perkenalan produk?
- Jualan untuk pakej baharu
Pastikan mesej ini jelas dan ringkas supaya orang ramai faham apa fokus pengiklanan anda. Adakah mereka yang anda target dalam pengiklanan itu ataupun tidak.
2. Penghargaan
Setelah anda menyampaikan apapun mesej dalam pengiklanan tadi, sudah pasti kita memerlukan maklum balas daripada orang lain. Inilah antara cabaran seberikutnya.
Apakah tawaran terbaik yang kita boleh berikan, supaya orang lain lakukan tindakan mendekati kita? Mereka sudah nampak pengiklanan kita, mereka sudah tahu apa yang kita ingin sampaikan, tetapi apakah yang membuatkan mereka percaya kepada kita?
Apa first impression yang membuatkan orang akan selangkah mendekati kita? Saya pernah melihat 2 jenis website yang berbeza untuk mendapatkan subscriber. Anda tahu bagaimana?
- Website yang bermula “Sila masukkan email anda untuk langganan update artikel secara terus”. Selepas itu kita klik butang pangkah.
- Website yang akan berikan e-book percuma dengan memasukkan email kita untuk subscribe di website mereka.
Ini antara contoh yang kita boleh lihat dalam dunia website. Mereka mengiklankan diri mereka untuk mendapatkan email daripada kita.
Disinilah bagaimana kita menunjukkan penghargaan kita kepada orang yang sudi untuk mengenali dan mendekati kita dengan lebih dekat. Secara tak langsung mereka termasuk dalam senarai targeted audience kita.
3. Jelas CALL TO ACTION
Dalam pengiklanan, perkara yang paling penting daripada perkara lain adalah, orang tahu apa yang mereka perlu buat. Kita jelaskan perkara yang mereka perlu bertindak.
-Hubungi sekarang?
-Datang ke galeri atau pejabat sekarang?
-Daftar sekarang?
Contoh perkara-perkara ini perlu jelas dalam pengiklanan. Ini akan memberikan nilai kepada pengiklanan untuk pantas berkomunikasi dengan orang ramai.
4. Gunakan White Space
Ruangan kosong tidak bermaksud kosong. Iklan anda perlu memiliki ruang yang tenang untuk pandangan orang. Design yang padat hanya akan mensesakkan pengiklanan anda untuk diperhatikan oleh orang.
Ruangan ini juga penting untuk memastikan design iklan anda kelihatan profesional dan tidak mendesak.
5. Warna Yang Seimbang
Pemilihan warna hendaklah tidak terlalu keras atau tidak seimbang. Warna background putih selalunya akan memudahkan teks dibaca. Sekiranya warna background yang gelap, pastikan informasi contrast dengannya.
Maksud warna yang tidak seimbang adalah, nilai “Hue/Saturation/Shadow” pada warna tidak selari. Ini selalunya akan menyebabkan design tidak memiliki identiti yang konsisten.
6. Buat Perkara Aneh Atau Jenaka
Memasukkan unsur aneh atau jenaka memerlukan kreativiti yang tersendiri. Kaitkan pengiklanan sebarang bisnes tersebut dalam keadaan yang aneh atau jenaka.
Unsur ini akan membuatkan orang tercabar untuk berfikir logik, atau akan membuatkan mereka selesa dengan kita dengan unsur jenaka. Unsur ini antara personaliti yang sangat baik untuk diterapkan dalam pengiklanan.
7. Gunakan Typhography Yang Senang Dibaca
Gunakan typography yang senang untuk dibaca. Bila sebut typograpy, bukan sekadar Font, tetapi segala susun atur perkataan dan ayat. Berikan kelonggaran supaya teks tidak terlalu rumit untuk difahami.
8. Imej dan Gambar Yang Menarik
Gambar adalah segala galanya. Ilustrasi mesej melalui visual sangat berkesan untuk berkomunikasi dengan orang ramai. Sebolehnya gambar lebih mendominasi dalam design pengiklanan untuk menarik minat orang ramai ketahui lebih lanjut apa yang ingin kita sampaikan.
KESIMPULAN
Biasakan diri dengan tip dan Teknik ini dalam design pengiklanan. Apapun, nilai keberkesanan yang pasti, harus dinilai setelah pengiklanan itu disebarkan. Lihat sejauhmana penerimaan orang lain dan respon mereka.
Tambah komen