#sifoodotcom

9 Aplikasi Edit Foto Terbaik Untuk Android & iOS 2022

Klik Penaja Kami

Kita selalu sahaja merakam foto menggunakan kamera pada telefon pintar. Adakalanya, foto-foto tersebut perlu disunting terlebih dahulu supaya lebih cantik sebelum dihantar kepada orang lain atau diupload ke media sosial untuk tontonan orang lain.

Setiap telefon pintar sekarang ini mempunyai fungsi suntingan asasnya yang tersendiri (built-in app). Perasan tak?

Tetapi, jika anda ingin melakukan suntingan foto yang lebih advance lagi, anda perlu menginstall aplikasi tertentu yang mempunyai features yang lebih banyak mengikut keperluan anda.

Berikut adalah senarai 9 aplikasi suntingan foto terbaik untuk anda gunakan:

  1. Snapseed
  2. Picsart
  3. Adobe Lightroom
  4. VSCO
  5. Adobe Photoshop Express
  6. Pixlr
  7. Fotor
  8. Youcam Perfect
  9. Canva

Snapseed

Snapseed merupakan satu aplikasi yang menjadi pilihan ramai kerana ia mempunyai pilihan setting yang advance tetapi masih mudah digunakan. Tune image adalah fungsi yang paling asas untuk digunakan selalu. Terdapat pilihan presets untuk dicuba.

Untuk yang biasa dengan Pro Editing, Curves, White Balance dan RAW Editing akan memudahkan kerja suntingan anda.

Menu menarik untuk anda cuba – Head Pose, Healing, Lens Blur dan Text.

Kelebihan:



Klik Penaja Kami

  • 100% percuma.
  • Pilihan suntingan tahap Pro.
  • Pilihan presets dan color filters yang menarik.

Kekurangan:

  • Tidak mempunyai features seperti stickers, kolaj, grids dan templates.
  • Suntingan jenis ringkas dan bersih sahaja – tiada templates.
  • Tiada background remover.

Picsart

Picsart – satu lagi aplikasi kegemaran ramai pengguna kerana ia mempunyai banyak features yang lebih menarik perhatian (striking). Terdapat banyak templates, koleksi fonts dan stickers. Jika anda membayar langganan, lagi banyak yang anda akan dapat guna.




Kelebihan:

  • Terdapat sangat banyak kandungan yang boleh didownload untuk suntingan foto.
  • Templates yang mudah diguna – sangat banyak.
  • Fungsi suntingan yang menarik untuk foto dan potret.

Kekurangan:

  • Kandungan yang percuma tak menarik (Biasalah – nak suruh kita bayar langganan).
  • Tiada live retouch semasa menggunakan mod kamera.

Adobe Lightroom

Adobe Lightroom edisi mobile ini sesuai untuk sesiapa yang biasa dengan produk Adobe, terutamanya yang dah biasa menggunakannya di komputer. Lightroom edisi mobile ini masih mantap dengan feature suntingan yang sangat detail berbanding aplikasi lain. Untuk pengguna ‘newbie’ Adobe Lightroom ini mungkin agak sukar untuk difahami.

Kelebihan:

  • Pilihan suntingan tahap Pro – perlukan banyak kefahaman dalam fotografi.
  • Kamera – terdapat Pro Setting seperti Speed, ISO. Exposure dan White Balance.
  • Selective editing – select subject, select sky.
  • Pelanggan Adobe Creative Cloud dapat menggunakan kesemua features yang ada.

Kekurangan:

  • Tidak mempunyai element hiasan seperti frames, stickers, fonts, templates…
  • Features untuk mencantikkan foto potret juga tiada.
  • Features yang agak kompleks untuk digunakan oleh ‘newbie’.

VSCO

VSCO – aplikasi yang popular dengan presets color tone yang menarik untuk foto. Sesuai untuk sesiapa yang mementingkan “mood” foto untuk dikongsikan dengan orang lain.

Kelebihan:

  • Boleh guna filter LUT.
  • Filter yang sangat banyak untuk foto dan juga video.
  • Terdapat split tone tool yang menarik.

Kekurangan:

  • Kurang feature suntingan foto yang lain – terlalu fokus kepada color filters.

Adobe Photoshop Express

Adobe Photoshop Express – satu lagi produk Adobe edisi mobile. Photoshop merupakan aplikasi suntingan yang sangat terkenal sejak sekian lama untuk komputer. Terdapat banyak tools berguna seperti selective editing, background replacement, templates, collages, retouch dan banyak lagi.

Kelebihan:

  • Terdapat sangat banyak pilihan tool untuk suntingan foto tahap Pro.
  • Boleh edit imej RAW.
  • Pelanggan Adobe Creative Cloud dapat menggunakan kesemua features yang ada.

Kekurangan:

  • Kena bayar langganan untuk menggunakan kesemua tools yang ada.
  • Pilihan retouch yang agak terhad.
  • Interface yang agak mengelirukan sedikit.

Pixlr

Pixlr merupakan satu aplikasi yang mudah untuk digunakan secara percuma, tanpa perlu daftar dan login. Mudah untuk ‘newbie’ atau para pelajar. Selain daripada aplikasi mobile, Pixlr juga boleh digunakan di web browser. Terdapat features suntingan asas, kolaj, dan templates untuk digunakan.

Kelebihan:

  • Mudah untuk digunakan – straightforward sahaja.
  • Terdapat koleksi color filters untuk foto, frames, teks, kolaj dan templates.
  • Template kolaj yang menarik dan mudah untuk digunakan.

Kekurangan:

  • Kurang features tahap pro.
  • Pilihan setting pada mod kamera live agak terhad.

Fotor

Fotor – ini juga satu lagi aplikasi yang bukan sahaja boleh digunakan di mobile tetapi juga di web browser anda. Ia menggabungkan features suntingan foto dengan penghasilan grafik.

Kelebihan:

  • Mempunyai kesemua features asas suntingan foto yang diperlukan.
  • Terdapat custom adjustment untuk anda ubah mengikut kesesuaian.
  • Artificial Intelligence Features yang menarik seperti Background remover, Color splash dan Double exposure.

Kekurangan:

  • Perlu membayar langganan untuk menggunakan kesemua features dan templates yang ada.
  • Tidak banyak features untuk design – fokus kepada foto.

Youcam Perfect

Youcam Perfect – aplikasi percuma untuk suntingan foto dan untuk menghasilkan kolaj gambar. Terdapat banyak efek, animasi, frames dan blending untuk digunakan. Sangat menarik.

Terdapat juga Aritificial Intelligence (AI) features seperti background replacement, sky replacement, body tuner dan removal tool.

Kelebihan:

  • Banyak kandungan yang sedia untuk disunting seperti frames, stickers, filters dan banyak lagi.
  • Photo retouch features yang menarik.
  • Multi-layer photo editing.

Kekurangan:

  • Tiada sokongan filter LUT.
  • Tiada feature split tone.

Canva

Canva – aplikasi ini sebenarnya bukan khusus untuk suntingan foto sahaja. Canva popular sebagai aplikasi menghasilkan design untuk presentation, grafik untuk media sosial dan juga video.

Tetapi, Canva memiliki features suntingan foto bagi melengkapi proses yang disebut di atas. Terdapat setting untuk photo adjustment yang menarik, background remover, photo filters, stickers, smart mockup, shadows dan lain-lain. Sangat best!

Kelebihan:

  • Sangat mudah digunakan – mesra pengguna.
  • Terdapat sangat banyak templates, elements, frames, grids dan filters.
  • Aplikasi yang ringan dan lengkap.

Kekurangan:

  • Terdapat beberapa features yang tak boleh digunakan oleh akaun percuma.

Senarai ini cuma menyenaraikan 9 aplikasi yang popular dan berbaloi untuk digunakan. Terdapat banyak lagi aplikasi lain di dalam PlayStore atau Apple Store untuk anda cuba dan gunakan.

Atau, anda ada aplikasi menarik lain yang anda selalu gunakan untuk menyunting foto?

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen


Klik Penaja Kami

Klik Penaja Kami




Klik Penaja Kami

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed