#sifoodotcom

Ada Apa Dengan iPhone 11?

Kursus di SIFOODOTCOM

Malaysia dikategorikan sebagai bertuah kerana peminat iPhone tidak perlu menunggu lama untuk memiliki set rasmi iPhone 11 berbanding saat dan ketika menunggu set rasmi iphone X dahulu.  Set iPhone 11, iphone 11 Pro dan iPhone 11 Pro Max telah mula dijual pada 27 September 2019 dan kini masa untuk anda memilikinya! Mengapa? Jom lihat!

Size & Skrin

iPhone 11 Pro dan iPhone Pro Max mempunyai skrin OLED (Organic Light Emitting Display) 5.8 inci dan 6.5 inci dan menggunakan jenis skrin Super Retina XDR. Kesemua set iPhone 11 ini menggunakan lapisan kaca bertekstur matte, digandingkan dengan bingkai besi tahan karat. Menurut Apple, kaca yang digunakan adalah kaca paling lasak terdapat di telefon pintar. Selain kalis air, ia juga mempunyai ketahanan lebih tinggi iaitu tahan sehingga 4-meter sehingga 30 minit di dalam air.

Sumber: Youtube

Kamera

Perbezaan luaran yang paling ketara adalah jumlah kamera yang meningkat kepada tiga dan ketiga-tiga lensa tersebut mempunyai sensor sebesar 12-Megapixel.


Sumber: Youtube

Disebabkan ini merupakan kali pertama Apple menggunakan kuasa tri kamera, syarikat terkenal ini menjanjikan kualiti gambar dan video yang lebih cantik. Kesemua kamera belakang dan depan di telefon ini boleh merakam video sehingga 4K 60fps. Lebih menakjubkan apabila anda boleh merakam video menggunakan 3 kamera belakang dan 1 kamera depan secara serentak menggunakan aplikasi Filmic Pro pada iPhone 11.

Keadaan apabila menggunakan aplikasi Filmic Pro dan fungsi kamera telephoto, wide dan ultrawide:


Contoh gambar menggunakkan kanta telephoto.
Contoh gambar menggunakkan kanta wide.

Contoh gambar menggunakkan kanta ultra wide.

Contoh perbezaan kanta telephoto, wide dan ultra wide yang lebih jelas:

Jom tengok video ini untuk mendapatkan gambaran yang lebih jelas.

Bateri

Disertakan dengan bateri sebesar 3969 mAh dengan pengecasan pantas 18W dan menyokong wayar secara wireless menjadikan ketahanan bateri iPhone 11 Pro 4jam lebih lama berbanding iPhone XS. Manakalah bateri bagi iPhone 11 Pro Max 5 jam lebih lama berbanding iPhone XS Max. Apa yang lebih menarik, anda boleh mendapatkan pengecasnya dalam setiap pembelian iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max. Selamat tinggal pengecas lama 5W Apple!

Warna

Warna: Berbeza dengan warna yang sudah dianggap cliché seperti hitam dan putih, kalini set iphone 11 datang dengan warna yang lebih meriah dan elligant seperti hijau, kuning, ungu dan merah yang sangat cantik dan memukau pandangan.


Sumber: Youtube

Harga

Tapi bagaimana pula dengan harga? Haa, jom tengok:

iPhone 11:

  • 64GB: RM 3,399
  • 128GB: RM 3,599
  • 256GB: RM 4,099

iPhone 11 Pro

  • 64GB: RM 4,899
  • 256GB: RM5,599
  • 512GB: RM6,499

iPhone 11 Pro Max 

  • 64GB: RM5,299
  • 256GB: RM5,999
  • 512GB:
    RM6,899

Sepertinya yang kita ketahui, syarikat mega ini meletakkan barangan mereka pada harga yang tinggi bukan hanya ingin mengaut keuntungan semata-mata, tetapi disebabkan kualiti mereka yang sangat luar biasa. Tambahan pula pada keluaran set iPhone 11 ini menggunakan Apple 13 Bionic Chip. Ia bermakna peningkatan sehingga 30% dibandingkan dengan Apple 12 Bionic Chip sebelum ini. Bukan biasa-biasa orang kata.

Jadi, tunggu apa lagi? Jom kita serbu ke Apple Store untuk membuat tinjauan dan seterusnya memiliki :p.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Amira)

Sifoo.com (Amira)

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed