#sifoodotcom

Adakah Penting Mempunyai Megapixel yang Besar Pada Kamera Smartphone?

Kursus di SIFOODOTCOM

108 Megapixel pada kamera utama Xiaomi Mi Note 10 yang dibuat oleh syarikat Xiaomi merupakan satu eye catching feature dan merupakan satu trump card yang membezakannya dari produk smartphone yang lain.

Persoalan yang menjadi tanda tanya sehingga sekarang – Adakah benar “semakin besar sesuatu nilai Megapixel semakin bagus kualiti foto yang dihasilkan“?.

Jika benar, kenapa iPhone hanya menggunakan 12 Megapixel sahaja?

Dan kenapa banyak Megapixel yang lebih besar tidak setanding dengan kualiti gambar dari 12 Megapixel iPhone?


Apa itu Pixel?

Sebelum kita bandingkan antara model smartphone. Kita kenal dahulu apa itu Pixel supaya perbandingan kita selari dengan definisi.

Pixel adalah dari elemen utama sebuah foto; pixel adalah satu titik dalam gambar grafik; apabila banyak titik dihubungkan, ia akan membentuk gambar. Semakin banyak pixel, atau titik, semakin baik resolusi gambar.

Megapixel, satu juta piksel, merujuk pada resolution of digital imaging device, seperti monitor, pengimbas, kamera video, dan lain-lain … Apabila anda membeli peranti seperti itu, ia akan memaparkan MP (pendek dari jangka panjang untuk Megapixel) produk tersebut.

Pixel - Wikipedia
Kepadatan Pixel yang sedikit (kiri) hingga pixel yang banyak (kanan)

Pixel pula mempunyai size yang tersendiri bergantung model sensor seperti Sony IMX586 dan Sony IMX363.

0.8 micrometer (kiri) dan 1.4 micrometer (kanan)

Hasil teknologi baru Sony IMX586 ini setanding dengan sensor kamera DSLR Full Frame dengan jumlah sebanyak 48 Megapixel.


Perbezaan Nilai Megapixel

12 MP (kiri) dengan 48 MP (kanan)

Ini bermaksud semakin besar Megapixel gambar yang diambil ukuran gambar menjadi lebih besar.

Image Resolution Comparison
Lagi besar nilai Megapixel lagi besar saiz gambar

Perbezaan nilai Megapixel menjadikan saiz gambar tersebut lebih besar. Kualiti gambar apabila dibesarkan lebih jelas berbanding dengan nilai Megapixel yang rendah.


Kualiti Gambar

Faktanya, tidak semesti sensor yang mempunyai Megapiksel yang lebih besar lebih baik kualiti gambar tersebut.

Akan tetapi kualiti sensor itu sendiri yang memain peranan untuk menghasilkan pixel lebih baik. Begitu juga camera processing, ia memberi imej yang ditangkap berkualiti.

Risiko yang perlu dihadapi bagi pengguna smartphone yang mempunyai nilai Megapixel yang besar seperi 108MP. Anda perlu bersedia untuk memilih setoran yang besar kerana imej yang terhasil disimpan dalam keadaan saiz Byte yang besar.


3 Peranan Menentukan Kualiti Gambar

  • Kualiti Sensor (kurang Noise, tinggi Dynamic Range dan banyak lagi – makin bagus kualiti imej dengan sensor yang lebih bagus)
  • Kualiti Lens (Sharpness, kualiti Bokeh, etc.)
  • Camera Firmware (kebolehan camera untuk menyimpan dalam file RAW atau JPG yang baik)

Model Smartphone dan Sensor yang digunakan

  • Huawei P40 Series: Sony IMX700 (latest sesnsor)
  • Samsung S20: Sony IMX555 (Main rear camera)
  • One Pulus 8: Sony IMX586 Exmor RS

Tekan butang di bawah untuk tahu smartphone dan jenis model sensor kamera yang digunakan.

Sekian penerangan ringkas mengenai Megapixel yang menjadi dilema pembeli smartphone. Sekiranya anda ada pandangan dan komen, sila nyatakan dalam ruangan di bawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed