#sifoodotcom

Adobe Mula Kenakan Cukai SST Mulai Januari 2020

Kursus di SIFOODOTCOM

Adobe akan mula mengenakan cukai jualan dan perkhidmatan atau SST ke atas perkhidmatan digitalnya mulai Januari 2020. Cukai ini dikenakan ke atas semua transaksi oleh syarikat-syarikat yang membekalkan perkhidmatan digital, seperti Adobe.

Kenapa Dikenakan Caj SST?

Malaysia telah menguatkuasakan cukai ke atas perkhidmatan digital termasuk langganan perisian seperti Adobe Creative Cloud (CC).

Berapa Kena Bayar?

Kadar caj cukai SST ke atas perkhidmatan digital adalah sebanyak 6%.

This is a reminder that your membership to Adobe Creative Cloud membership (one-year) will automatically renew on June 20, 2019 for RM 236.00, in addition to any applicable taxes .


Jadinya, RM236 untuk langganan All Apps akan menjadi RM236 + 6% = RM250.16 sebulan. Tambahan hampir RM170 setahun.

Perit juga ni. Matawang tak berapa kukuh. Kadar tukaran sudah membebankan dan sering berubah (baca: menjunam). Kini ditambah lagi sikit…sikit je kot?

Bila Caj Ini Akan Dikenakan?

Untuk pelan bulanan dan tahunan, anda akan mula diberi bil yang termasuk SST mulai Januari 2020. Jika anda sedang memiliki pelan prabayar tahunan yang sedang aktif, caj SST akan mula dikenakan apabila anda memperbaharui pelan anda.

Apa Pendapat Anda? Kongsikan di Ruang Komen…

Sumber: https://helpx.adobe.com/sea/x-productkb/policy-pricing/adobe-tax-increase-malaysia.html

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed