#sifoodotcom

Adobe Tawarkan Versi Alternatif Canva Percuma Dalam Creative Cloud Express Yang Baharu

Klik Penaja Kami

Seperti yang dijangkakan, Adobe tidak akan duduk diam dengan persaingan daripada Canva yang semakin hari semakin popular. Hasilnya ialah Adobe telah menawarkan versi Alternatif Canva yang tersendiri iaitu Creative Cloud Express!

Aaaa…sebenarnya Adobe Creative Cloud Express adalah penjenamaan semula aplikasi Adobe Spark Post. Pernah cuba tak Spark Post sebelum ini? Spark Post tersedia digunakan di aplikasi mobile dan juga di web browser.

Apa Features Yang Ada Dalam Creative Cloud Express?

Seperti dalam Canva, terdapat preset size untuk media social, flyer, web dan video. Dan, terpapar juga Quick actions untuk Image, Video dan PDF.

Creative Cloud Express (CCE) menggabungkan integrasi dengan aplikasi Adobe Premiere Rush (Video) dan Adobe Photoshop Express (Photo).

CCE juga menyediakan senarai fungsi yang boleh dilakukan seperti:

  • Remove background
  • Animate content
  • Resize page
  • Convert JPG to PNG
  • Convert to GIF
  • Reverse video
  • Merge videos
  • Change video speed

Satu benda yang menarik ialah design asset.

Template – Memudahkan Kerja Design

Seperti Canva dan mana-mana aplikasi design yang lain sekarang ini, template merupakan selling point yang paling laku. CCE juga menyediakan koleksi template beserta koleksi design elements yang lain seperti font, teks, ikon, aset dan background.

Remove Background

Percubaan kami menggunakan tool Remove Background tidak memberikan impresi yang menakjubkan. Walaupun dengan penjanaan oleh Adobe Photoshop Express, potongan imej tidak kemas. Kecewa juga kerana telah banyak aplikasi lain yang boleh memberikan hasil potongan yang lebih baik. C’mon Adobe!

Suntingan Video

Sekali pandang, fungsi suntingan video ini tidak berubah dengan sebelum ini dalam Adobe Spark Post. Tetapi, bolehlah untuk kita menghasilkan video – upload imej, foto dan video. Gabungkan dengan audio dan muzik. Terdapat juga beberapa pilihan layout seperti Fullscreen, Split Screen, Caption dan Title.

Akaun Percuma vs. Akaun Premium

Seperti aplikasi Spark Post sebelum ini, pengguna masih lagi boleh menggunakan CCE ini secara percuma dan juga boleh upgrade dengan membayar langganan premium pada harga USD9.99 sebulan atau USD99.99 setahun.



Klik Penaja Kami

Cuba Adobe Creative Cloud Express secara percuma hari ini di https://www.adobe.com/express/

Apa Pendapat SIFOODOTCOM?

Kami rasa Adobe kena lebih laju lagi memasukkan lebih banyak fungsi dan elemen yang lebih menarik untuk kekal bersaing dengan Canva. Buat masa ini, terdapat beberapa kelemahan yang kami perhatikan seperti:




  • template memerlukan koleksi yang lebih menarik lagi (sebab Canva ada koleksi yang padu)
  • fungsi remove background tak mantap
  • koleksi element juga perlu lebih banyak lagi (Canva ada stok tempatan)
  • beberapa kali berlaku situasi paparan ‘crash’ – masih lagi berat untuk loading

Belajar Adobe di UNI.SIFOO.COM:

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen


Klik Penaja Kami

Klik Penaja Kami




Klik Penaja Kami

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed