#sifoodotcom

Adobe Umumkan Photoshop dan Illustrator Bakal Boleh Digunakan Melalui Web

Klik Penaja Kami

Adobe MAX tahun ini menyaksikan satu pengumuman dari Adobe yang sangat menarik dan mengujakan iaitu Photoshop dan Illustrator bakal boleh digunakan melalui web.

Pengumuman Creative Clouds Dalam Adobe MAX 2021

Di kala banyak aplikasi web based, Adobe mengambil langkah ke depan untuk menawarkan Photoshop dan Illustrator melalui web juga. Menarik bukan?




Hanya buka laman web https://photoshop.adobe.com dan anda boleh menggunakan Photoshop secara online – tanpa perlu install. Barulah betul-betul “cloud-based“.

Apa Yang Anda Boleh Jangkakan Dari Photoshop Web (Beta)?

Buat masa ini, Pasukan Creative Clouds menekankan kepada saluran kolaborasi – mendapatkan maklum balas, membuat keputusan dan menambah baik hasil kerja. Ini termasuk membuka akses kepada mereka yang tidak mempunyai akses kepada creative tool seperti anda.

Dengan berkongsi fail Photoshop dan Illustrator anda di atas cloud, rakan kolaborasi kerja anda boleh membuat reviu dan komen di dalam browser tanpa perlu download dan install aplikasi tersebut.

Photoshop web (Beta) mempunyai ciri-ciri yang asas untuk suntingan minor sahaja. Tidak boleh expect semua fungsi Photoshop ada dalam versi web beta ini.

Perkongsian asset boleh diakses dalam Creative Cloud bersama ahli pasukan yang lain. Ini memudahkan lagi proses kolaborasi kerja.

Membuka Fail Dalam Photoshop Web (Beta)

  • Buka laman web Creative Cloud anda (https://creativecloud.adobe.com/)
  • Login menggunakan akaun Creative Cloud (Adobe ID).
  • Klik pada menu File.
  • Pilih file yang tersenarai dalam Cloud.
  • Pilih Open In > Photoshop on the web beta.

Persoalannya, adakah Adobe mampu untuk menyediakan fitur-fitur yang lebih lengkap seperti yang terdapat dalam aplikasi Canva? Iaitu, aplikasi ‘one-stop-resource’ – senang guna, penuh dengan stok, ringan dan pantas.



Klik Penaja Kami

Kita tunggu…

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed