Dalam menghasilkan design, penggunaan warna yang menarik dan sesuai sangat penting. Apatah lagi untuk memastikan kombinasi warna yang digunakan adalah sangat baik.
Banyak kaedah-kaedah atau teknik yang biasa kita ketahui untuk mendapatkan palet warna yang menarik. #sifoodotcom juga ada berkongsikan beberapa platform yang boleh digunakan untuk mendapatkan palet warna yang menarik.
Boleh baca perkongsian sebelum ini di:
Teknik Mudah di Affinity Designer
Menariknya jika kita menggunakan software Affinity Designer, kita boleh terus mencipta palet warna yang menarik, menggunakan sumber gambar yang bersesuaian dengan warna yang ingin kita mahukan.
Ikuti langkah di bawah ini, dan dengan pantas anda akan boleh terus dapatkan palet warna dengan kombinasi warna yang menarik.
Langkah 1: Pergi ke Swatches
Pergi ke bahagian Panel Swatches seperti di bawah.

Pada bahagian paling atas kanan, anda akan nampak ‘burger menu’ dan klik pada bahagian tersebut.
Menu seperti di bawah akan muncul, dan klik pada bahagian
“Create Palette from Image”

Langkah 2: Select Image
Setelah klik “Create Palette from Image”, pop-up tab seperti di bawah akan muncul. Mula masukkan gambar yang memiliki warna-warna menarik yang anda mahukan dengan klik “Select Image”.

Setelah masukkan gambar, anda akan dapat lihat beberapa palet warna yang tersedia, hasil dari pemilihan warna yang terdapat dalam gambar tadi.

Langkah 3: Set Bilangan Warna
Di bahagian bawah tab ini, anda akan dapat ubah suai bilangan warna yang anda mahukan daripada gambar tersebut. Masukkan berapa bilangan warna yang anda mahukan dan klik preview.

Selesai menetapkan bilangan warna, dan sudah berpuas hati dengan palet warna yang tertera, klik “Create”
Sudah Siap!
Sekarang, di anda sudah memiliki palet warna dengan kombinasi warna yang menarik untuk design anda nanti. Mudah sahaja kan?

Berikut adalah contoh logo menggunakan palet warna dari gambar contoh yang diberikan.


Tambah komen