#sifoodotcom

[Ai] Objek Berterbangan (Stail 3D)

Teknik ini akan menggunakan Effect > 3D > Rotate.

Baru-baru ini saya mendapat ilham untuk satu tutorial ketika sedang menyiapkan bahan latihan untuk Kursus Reka Grafik Kreatif. Ilhamnya adalah untuk menghasilkan satu reka grafik menggunakan efek 3D di dalam Illustrator untuk menghasilkan aliran objek-objek berterbangan.

APA YANG DIPERLUKAN:

  • Kemahiran menghasilkan bentuk vektor menggunakan Shape Tool dan Pen Tool.
  • Penggunaan Effect 3D di dalam Illustrator.

HASIL YANG AKAN DICAPAI:

LANGKAH 1:

01-lukis_segiempat

  • Buat satu file baru. Setkan size A4 Landscape (atau apa sahaja saiz landscape yang anda ingini).
  • Lukis satu bentuk segiempat tepat dengan menggunakan Rectangle Tool.
  • Biarkan selection objek tadi aktif.

LANGKAH 2:

02-add_anchor_points

  • Pilih Add Anchor Point Tool
  • Tambah satu anchor point di sisi tepi dan satu lagi point di sisi yang satu lagi (lihat imej di atas).

LANGKAH 3:

03-alih_anchor_point

  • Dengan menggunakan Direct Selection Tool (Arrow Putih), klik pada anchor point yang ditambah tadi dan drag ke arah luar objek segiempat. Lihat imej di atas.
  • Lakukan untuk kedua-dua anchor point tambahan.

LANGKAH 4:

04-fill_objek

  • Isikan dengan satu warna Fill dan setkan None untuk warna Stroke.

LANGKAH 5:

05-random

  • Kemudian, copy dan paste secara rawak objek tersebut.
  • Transformkan juga saiz objek tersebut secara rawak.
  • Fillkan warna secara rawak juga.

LANGKAH 6:

06-group_paste_random

  • Select kesemua objek tersebut dan groupkan, tekan Ctrl + G.
  • Copy group tersebut dan pastekan lagi beberapa kali. Susunkan secara rawak.

LANGKAH 7:

07-screen_blend_mode

  • Select kesemua group tadi. 
  • Buka panel Transparency dan tukar blend mode kepada Screen.
  • Kemudian, groupkan kesemua group tadi. Select semua dan tekan Ctrl + G.

LANGKAH 8:

08-3d_setting

  • Klik menu Effect >3D > Rotate. Aktifkan Preview.
  • Setkan nilai 0 pada setiap setting paksi (axis). Lihat imej di atas.

LANGKAH 9:

09-drag_yaxis

  • Sekarang, klik pada y-axis di kiub 3D. Drag ke arah kanan.

LANGKAH 10:

10-perspective

  • Ubah nilai Perspective dan perhatikan hasil previu di atas artboard. 
  • Saya setkan dalam 135.
  • Klik OK.

LANGKAH 11:

11-hasil_setakatini

  • Hasil setakat ini adalah seperti di atas. 
  • Seterusnya, copy group yang telah diapplykan efek 3D tersebut.

LANGKAH 12:

12-group_kedua

  • Pastekan group yang dicopy tadi. Dan alihkan ke kanan sedikit.
  • Kemudian, transform kecilkan sedikit.
  • Buka panel Appearance (Window > Appearance) dan klik pada 3D Rotate untuk mengubah setting effect 3D pada group yang baru dipaste tadi.
  • Laraskan nilai Perspective. Lihat imej di atas.
  • Ulang langkah ini jika ingin menambah panjang aliran “pergerakan objek terbang”.

LANGKAH 13:

13-copy_fill_sendtoback

  • Sekarang kita akan tambah satu alas warna gelap di bahagian belakang group objek-objek terbang untuk menimbulkan visual objek tersebut.
  • Caranya, select kesemua group yang berada di atas artboard. Copy dan paste.
  • Tekan Ctrl + G.
  • Setkan satu warna gelap di kotak warna Fill. Klik OK dan kesemua kotak akan berubah warna.
  • Klik kanan dan pilih Arrange > Send to Back.
  • Transform dan besarkan sedikit group warna gelap ini.

LANGKAH 14:

hasil

  • Sebagai melengkapkan reka grafik ini, buat satu kotak besar dengan menggunakan Rectangle Tool.
  • Isikan dengan warna gradient Radial yang sesuai.
  • Akhir sekali klik kanan dan pilih Arrange > Send to Back untuk meletakkan kotak gradient ini ke belakang sekali.
  • Itu sahaja. Siap!
Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

10 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed