#sifoodotcom

Ai – Stail Untuk Reka Logo

Satu lagi perkongsian ringkas untuk teknik rekaan logo dalam Adobe Illustrator. Teknik ini menggabungkan penggunaan Pathfinder dan Gradient untuk menghasilkan visual logo yang menarik.

 

LANGKAH 1:

  • Lukis dua bulatan dengan menggunakan Ellipse Tool.
  • Tindihkan kedua-dua bulatan tersebut antara satu sama lain.

LANGKAH 2:

  • Select kedua-dua bulatan dengan menggunakan Selection Tool (Arrow Hitam).
  • Dari window panel Pathfinder, klik pada ikon Minus Front.

LANGKAH 3:

  • Hasilnya, bulatan akan terpotong. Lihat imej di atas.

LANGKAH 4:

  • Copy dan paste hasil potongan tadi.

LANGKAH 5:

  • Susun dan gabungkan. Seperti di imej di atas.

LANGKAH 6:

  • Dengan menggunakan Gradient Tool dan Gradient Panel, masukkan warna gradient yang dikehendaki ke dalam setiap objek tadi.

Selamat mencuba!

Tutorial asal disumbang oleh ‎Khirulnizam Aziz di Facebook Group Sifoo.com.

Terima kasih atas sumbangan tutorial.

 

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed