#sifoodotcom

Akhiri 2019 Dengan Pesta LAMPU, Putrajaya

Kursus di SIFOODOTCOM

LAMPU singkatan bagi Light and Motion Putrajaya (LAMPU) merupakan pesta lampu secara besar-besaran yang diadakan setiap tahun di Putrajaya sejak 6 tahun lepas . Pesta ini diadakan sempena sambutan tahun baru yang bakal menjelma. Bagi sambutan tahun baru 2020, LAMPU akan diadakan pada 28-31 Disember 2019 bermula dari jam 7.30-12.30 malam.

Apa Yang Menarik?

Pertama sekali yang paling best apabila anda boleh masuk dan mengambil gambar di pesta ini semuanya dengan percuma!

Tak cukup dengan itu, sudah pasti banyak aktiviti-aktiviti menarik diadakan termasuk pelbagai jenis jualan makanan ada disana. Di bawah ini ada senarai aktiviti-aktiviti menarik tersebut, let’s see!

Tempat yang paling banyak dikunjugi adalah The Avatar Garden. Dinamakan sebagai avatar kerana hiasan lampu-lampu yang berwarna- warni seakan akan di dalam filem avatar. Apabila sampai di sini, pastikan telefon anda cukup bateri dan storage supaya anda tidak terlepas peluang untuk bergambar disini.

Selain itu, anda akan dapat melihat persembahan cahaya daripada teknologi tercanggih dalam industri percahayaan dunia yang akan dipaparkan pada bangunan Istana Kehakiman. Ia sangat menarik dan anda akan teruja melihatnya.

Jadi, takkan nak tengok saja? Marilah datang beramai-ramai ke pesta LAMPU ini bersama keluarga sambil countdown di bawah percikan cahaya bunga api bagi menanti kehadiran 2020!

Komen via Facebook

Sifoo.com (Amira)

Sifoo.com (Amira)

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

4 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed