#sifoodotcom

Akibat Guna Gambar Dari Google Sesuka Hati, Pengusaha Kedai Makanan Terkantoi

Klik Penaja Kami

Gara-gara menggunakan gambar yang diambil dari hasil carian Google, sebuah rangkaian perniagaan makanan ditegur oleh pemilik asal gambar tersebut.

Peringatan tentang isu hakcipta akibat menggunakan gambar dari hasil carian Google sememangnya tak pernah terlepas untuk kami berikan kepada para peserta kursus kami. Harapnya, semua peserta faham dan beringat sebelum melakukan perkara sebegini.

Sebelum kita ikuti kes berikut, kita kena masukkan dalam pemahaman bahawa setiap karya dimiliki oleh pencipta karya tersebut. Sebarang penggunaan karya hendaklah mendapat izin daripada pencipta karya terlebih dahulu.

Teguran Pemilik Gambar

Saudara Nas melalui akaun twitter beliau @NasSuha_ telah menegur secara terbuka tentang penggunaan karya seni beliau yang telah digunakan tanpa kebenaran. Teguran tersebut ditujukan kepada pengusaha Nasi Dagang Atas Tol yang terkenal di Kuala Terengganu.

Kita boleh perhatikan pengusaha kedai makanan tersebut telah mencetak banner untuk dipaparkan di premis makanan mereka. Imej karya beliau jelas boleh dilihat dalam gambar-gambar yang dikongsi oleh pelanggan mereka.

Bagaimana Perkara Seperti Ini Boleh Berlaku?

Pertama sekali, untuk terus membuat tuduhan melulu kepada pengusaha kedai makanan tersebut mungkin tidak adil. Kecuali, telah benar terbukti beliau sendiri yang berbuat demikian iaitu mengambil dan menggunakan karya orang lain tanpa kebenaran.

Adakah owner atau pengusaha kedai makanan tersebut betul2 harus dipersalahkan?

Apa lagi kemungkinan yang boleh berlaku selain daripada pengusaha sendiri yang ambil dan guna?



Klik Penaja Kami

  • Pengusaha atau staf pergi kedai cetakan dan minta buatkan design banner untuk dicetak. Designer kedai cari gambar dari google mengikut kehendak klien. Klien semak design dan setuju untuk cetak.
  • Pengusaha minta staf design untuk banner. Staf duduk dan design. Staf cari gambar mengikut kehendak boss untuk dimasukkan dalam design. Staf tunjuk kat boss. Boss semak design dan arahkan staf untuk pergi order cetakan.
  • Pengusaha suruh staf cetak banner. Staf pergi kedai cetak dan minta kedai designkan banner. Designer kedai cari gambar dari google. Designer buat design dan tunjuk kat staf. Staf setuju tanpa semak dengan boss.

Ini semua boleh berlaku kerana ramai antara kita tidak peka dengan undang-undang HAK CIPTA atau COPYRIGHT.

Pendapat pengguna Twitter berkenaan isu ini.

Definisi Hak Cipta Menurut MyIPO

Berikut adalah definisi ringkas tentang hak cipta atau copyright menurut Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).




Hak Cipta adalah hak eksklusif yang diberikan oleh undang-undang untuk tempoh masa tertentu kepada pencipta karya untuk mengawal penggunaan karya mereka. Perlindungan hakcipta di Malaysia adalah berasaskan kepada Akta Hakcipta 1987.

https://www.myipo.gov.my/ms/hak-cipta/

Atau, adakah kes ini adalah gabungan rangkaian kejahilan manusia tentang hak cipta yang akhirnya terhasil satu design yang mencuri hasil karya orang lain?

Satu lagi pendapat pengguna Twitter.

Kesudahan Yang Baik

Pengusaha Nasi Dagang Atas Tol telah pun menyahut teguran Saudara Nas di Twitter dengan memohon maaf atas kesilapan yang tidak disengajakan. Beliau mengaku bahawa telah mengambil dan menggunakan karya Nas tanpa kebenaran untuk tujuan promosi NDAT.

Pengusaha tersebut akan menarik semua penggunaan karya doodle tersebut di semua cawangan NDAT.

Untuk menjernihkan lagi keadaan, pengusaha NDAT juga menyatakan hasrat untuk menggunakan khidmat Nas untuk kempen promosi di masa hadapan. Alhamdulillah.

Semoga menjadi iktibar untuk semua pihak di masa akan datang.

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen


Klik Penaja Kami

Klik Penaja Kami




Klik Penaja Kami

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed