#sifoodotcom

Aku Banci Malaysia – Poster MyCensus2020 Timbulkan Mesej Yang Berbeza

Klik Penaja Kami

Fuh, sekilas pandang melihat poster di facebook MyCensus2020 terfikir mesej yang janggal. Kenapa ya?

Aku Banci Malaysia?

Kita lihat sama-sama poster berikut ini:




https://www.facebook.com/mycensus2020/photos/2244460805693555

Adakah korang sama juga? Membaca dengan kejanggalan. Terasa seperti nak sebut Aku Benci Malaysia? Atau, Aku Banci Malaysia (Apa yang “aku” buat untuk membanci negara aku ni?) Huhu…

Apa Sebenarnya Aku Banci Malaysia Ni?

Oh, rupa-rupanya ada tanda koma (,) dan tanda ampersand (&) di dalam ayat tersebut. Sepatutnya Aku, Banci & Malaysia!

Ingatkan tanda-tanda tersebut adalah imej awan-awan (warna sama!). Haih…kan dah mengelirukan pembaca!

Apa Pelajaran Design Dari Kes Ini?

Kontras! Tanda koma dan ampersand tersebut tenggelam dan tak kelihatan pada sekilas pandang.

Font / Tipografi! Apabila font berbeza di antara perkataan dalam ayat, termasuk untuk tanda yang penting, boleh menimbulkan “perbezaan” yang tidak jelas pada pandangan pembacaan audiens.

Reka tipografi untuk Aku, Banci & Malaysia tersebut lemah seperti yang dijelaskan dalam poin sebelum ini.



Klik Penaja Kami

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed