#sifoodotcom
bikin majalah interview

Amri Ginang : Sang Penyair Seni Halus Fotografi

Kursus di SIFOODOTCOM

Beliau pernah menjadi pembantu kepada jurugambar tersohor dunia Peter Lindbergh. Setelah lebih dua dekad berkelana di bumi Eropah dan merantau keseluruh pelusuk dun­ia bersama kameranya, bagaikan belut pulang ke lumpur, beliau kembali ke tanah air tercinta. Karya-karya beliau terpamer di galeri antarabangasa tidak pernah gagal memukau penonton dan penggemar seni fotografi. Pengge­mar beliau menggelarnya sebagai –Poet of Composition.

Melihat senarai resume yang hebat itu, peribadi dan personaliti Amri Ginang adalah gambaran yang sebaliknya: sederhana, tenang, peramah dan mudah didekati. Di antara kesibukan menjalani penggambaran beliau sanggup meluangkan masa untuk sesi temuramah ini yang memakan masa ham­pir satu jam ini tentang harapan, luahan rasa dan cintanya dalam dunia seni fotografi.

Bagaimana detik tercetusnya minat terhadap fotografi

Ketika saya belajar seni halus yg meliputi melukis, grafik, etching, ditography dan sebagainya, ada sessi pendedahan kepada subjek fotografi, melihat bagaimana menghasilkan gambar. Dari saat itu cinta saya kepada dunia fotografi tidak berbelah bagi. Saya tinggalkan bidang seni lukis.

Bagaimana dengan perbezaan pasaran dan budaya kerja di Eropah?

Sangatlah berbeza, sekiranya di sini kita melakukan tugasan berdasarkan peruntukan tertentu yang diberikan oleh pelanggan. Sebaliknya di Eropah, kita yang menentukan segala-galanya kerana kita dipilih berdasarkan strong point dan portfolio yang dihasilkan dan kebolehan kita. Berbanding di Asia, anda diberi tugasan sekiranya boleh memberikan peruntukan yang rendah.

Satu lagi di sini saya lihat terutamanya dalam bidang komersial, jurugambar dilihat tak lebih sebagai pengendali kamera untuk sesebuah agensi. Contohnya di Eropah, jika saya ditugaskan mengambil gambar iklan saya akan mengambil 4-5 gambar sahaja dan kemudian memilih satu gambar sahaja untuk diberikan kepada agensi, berbanding di sini pula agensi akan mengambil semua gambar yang saya ambil untuk mereka sendiri pilih.

Sistem dan budaya kerja amatlah berbeza. Saya rasa sikap agensi yang kurang hormat dengan hasil kerja dan kredibiliti seseorang jurugambar.

Adakah disebabkan budaya/sistem yang sedemikian menyebabkan perkembangan seni fotografi akan tersekat atau sukar berkembang?

Saya tidak fikir begitu kerana bidang komersial tidak menyentuh perkembangan seni fotografi secara amnya. Tapi apa yang lebih penting untuk untuk perkembangan seni fotografi di Asia amnya dan Malaysia khususnya ialah sambutan.

Mereka perlu diberi pemahaman dan penghargaan yang sewajarnya. Pemahaman ini perlu meliputi kepada institusi pengajian, majalah, galeri bila mutu hasil kerja yang rendah dipamerkan, orang awam tidak tahu bagaimana menilai karya yang baik dan bermutu. Hakikatnya, ada ramai jurugambar yang jauh lebih berbakat perlu ditonjolkan.

Kesan dari ini pencinta seni fotografi tidak tahu kewujudan bakat-bakat sebenar ini. Saya juga berharap galeri ataupun penerbit majalah tahu menggunakan tenaga kerja yang pakar untuk menghidangkan maklumat/hasil seni bermutu untuk orang ramai.

Begitu juga dengan galeri seni yang kurang menonjolkan seni fotografi, malah ada yang saya lihat cara mereka mempamer gambar juga dengan cara lama yang tidak bermutu. Kita lebih banyak ketinggalan berbanding dengan Singapura dan Indonesia. Fotografi seni halus di Indonesia begitu berkembang kerana mereka yang mengendalikan atau bekerja di bidang itu adalah orang yang benar-benar berkelayakan.

Janganlah terlalu taksub dengan teknologi dan takut dengan seni. Jadi untuk anda kekal sebagai seorang jurugambar anda haruslah tahu compositon, ada konsep dan pengisian, tone atau orang cakap the art of seeing.

Karya anda banyak dihasilkan dalam bentuk potret dan human interest, mengapa?

Di awal pembabitan dahulu saya banyak menghasilkan gambar dari pelbagai genre seperti still life, landscape, makanan dan berbagai lagi. Tetapi bila mengambil gambar manusia jiwa saya menjadi lebih tenang dan bermakna.

Potret adalah genre yang saya sangat gemari kerana saya sentiasa berminat dengan perjalanan kisah hidup seseorang dan tiada apa yang lebih baik unutk mengetahuinya dengan merakamkan wajah-wajah mereka dengan kamera. Kerana dari wajah manusia kita akan dapat membaca kisah-kisah lampau dan keadaan seseorang. Malah kalau sesetengah orang boleh tengok masa depan orang lain hanya dengan melihat wajahnya. Dengan potret/human interest juga kita boleh lihat tumpuan sinar mata, kedutannya, parut, apa sahaja terpamer diwajah.

Masa muda-muda dahulu saya banyak shoot wajah-wajah Eropah, mereka tak dekat dengan saya. Ia bagaikan satu ‘hiasan’ sahaja tak lebih dari itu. Entah kenapa bila saya rakamkan wajah asia atau bangsa seseorang yang berkaitan dengan jejak-jejak hidup saya ia begitu dekat di hati saya. Saya begitu bangga menonjolkan wajah-wajah Asia ini kerana wajah ini kurang ditonjolkan dan masih tidak mencukupi di persada dunia fotografi antarabangsa.

Apakah cabaran terbesar dalam fotografi?

Masalah saya lihat masa kini banyak orang lupa tentang dynamic range gambar dengan adanya photoshop. Photoshop ni hanya untuk ‘menghias’ sedikit sahaja gambar, tapi orang dah ‘lari’ dari dynamic range gambar.

Kalau zaman dulu-dulu orang gunakan lensa, filem, pencahayaan yang baik untuk dapatkan dynamic range yang bagus, tapi sekarang orang lupa semua itu kerana terlalu banyak sangat letak effect sana sini. Jadi saya rasa itulah cabaran terbesar yang saya lihat sekarang di mana saya jarang lihat dynamic range yang bagus dalam gambar.

Memang ada gambar yang cantik dilihat selepas meletakkan effect tetapi kehebatan sebagai seorang jurugambar tiada. Ini disebabkan mereka tak tahu apa itu dynamic range, kalau anda pergi interview jurugambar professional di luar tu ramai yang tak tahu apa itu dynamic range, mereka lebihkan kepada touch up gambar.

Apa ciri yang perlu ada untuk menjadi seseorang kekal menjadi seorang jurugambar yang baik, apa yang perlu ditanam difikiran?

Pertama kita perlu tahu bahawa fotografi merupakan salah satu visual kreativiti (macam melukis, mengukir etc) kamera adalah alat untuk kita melakar visual tertentu. Tetapi perkara paling asas dalam fotografi ialah bahan (content) yang meliputi konsep fotografi juga fundamental of photography.

Tidak kiralah kamera apa yang anda gunakan tetapi visual itu yang lebih penting. Itulah kekurangan yang saya lihat pada jurugambar hari ini, tiada bahan (content). Mereka terlalu mendekatkan diri pada teknologi dan trend, tahu apa itu exposure, dan lain-lain. Tetapi ‘iramanya’ tiada kerana tidak hadir seni dan pengisian. Bila ianya tiada sama macam anda ambil gambar peta atau jurugambar CSI polis kerana tiada seni.

Janganlah terlalu taksub dengan teknologi dan takut dengan seni. Jadi, untuk anda kekal sebagai seorang jurugambar anda haruslah tahu composition, ada konsep dan pengisian, tone atau orang cakap the art of seeing.


Amri Ginang kini berpengkalan di Kota Kinabalu, Sabah dan menerima tugasan dari seluruh dunia.

Ekori beliau di Instagram/facebook : @amriginang

Komen via Facebook

Lokman Sokran

Lokman Sokran

Lokman Sokran merupakan seorang content strategist yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah editor untuk majalah mini – BIKIN (instagram/majalah.bikin). Di waktu senggang beliau gemar memenatkan badan dengan melakukan Freeletics ataupun sekali sekala menelusuri lorong kotaraya Kuala Lumpur untuk merakam kehidupan manusia.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed