Klik Penaja Kami
Photoshop mempunyai satu fungsi untuk membuat GIF melalui video berformat MP4. Secara ringkasnya Photoshop akan menukarkan video tersebut menjadi Layers dahulu kemudian akan dieksport menjadi GIF.
Langkah 1

- Klik pada File > import > Video frames to layers.
- Digalakkan supaya video itu tidak berdurasi lama cukup sekadar dalam 5 hingga 15 saat.
Langkah 2

- Untuk keluar seperti paparan di atas anda perlu tunggu beberapa minit.
- Klik pada pilihan pertama sekiranya ingin video penuh atau pilihan kedua untuk kurangkan range video tersebut.
Langkah 3

- Ini adalah paparan seterusnya dan mengambil masa dalam beberapa minit mengikut durasi yang kita pilih.
- Anda boleh sunting setiap layer yang ada mengikut keperluan.
Langkah 4

- Gunakan tool crop untuk buang segala ruangan yang anda tidak inginkan.
- Klik enter .
Langkah 5

- Klik File > Export > Save for web.
- Klik fungsi ini sekiranya anda tiada lagi yang perlu disunting.
Langkah 6

- Di sini anda boleh pilih untuk ubah saiz atau resolusi yang disukai.
- Setiap perubahan akan mengubah juga saiz simpanan (saiz kb).
- Kemudian, klik Save.
Langkah 7

- Rename semula jika perlu.
- Klik Save.
Mudahkan? Komen pandangan anda dalam ruangan di bawah.
Mantopss..tq tuan