#sifoodotcom

Animasi Grafik Mudah Dengan MS PowerPoint

Kursus di SIFOODOTCOM

Menghasilkan animasi tidaklah sesusah yang anda sangka. Hanya dengan menggunakan PowerPoint yang sudah sedia ada dalam laptop atau komputer, anda boleh hasilkan animasi yang menarik.

Macam mana? Jom tengok!

Contoh Animasi

Contoh animasi mudah bendera Malaysia menggunakan Power Point

Langkah 1:

Pertama sekali anda perlu klik pada objek yang anda ingin gerakan seperti text, chart, shape atau mungkin gambar.

Langkah 2:

Kemudian klik pada butang animasi atau animation pada powerpoint anda dan pilih gerakan animasi yang anda inginkan ditambah masuk pada objek anda.

Langkah 3:

Bahagian yang paling penting setelah memilih gerakan animasi adalah pada bahagian Animation Pane. Disini, anda perlu menyusun gerakan objek anda mengikut kesesuaian seperti, mana objek yang akan gerak dahulu, selama mana ia bergerak, bila dia mahu bergerak dan sebagainya.

Langkah 4:

Cuba perhatikan pada gambar dibawah, anda akan melihat beberapa nombor. Nombor-nombor tersebut mewakili turutan susunan masuk pada objek anda. Jika anda ingin objek anda masuk mengikut turutan berbeza, anda boleh kekalkan susunan nombor seperti 1,2,3 dan seterusnya. Tapi jika anda ingin semua objek masuk serentak seperti video “Sayangi Malaysiaku” di atas, anda boleh tukar semua nombor menjadi sama yang beerti serentak.

Langkah 5:

Untuk ulangi penyusunan (reorder) animasi, cukup drag and drop mereka ke list pada Animation Pane. Anda boleh klik pada Play All untuk preview animasi setelah mereka disusun.

Jangan pening, jom tonton video di bawah untuk kefahaman yang lebih lagi.

Contoh tutorial dari Youtube untuk membantu anda.


Animasi berjalan atas bumi berputar.

Mari tengok satu lagi video dan disediakan tutorial secara ringkas buat anda, jangan risau.

  • Susun semua objek yang anda inginkan sekeliling bumi seperti di bawah.
  • Group atau gabungkan semua objek menjadi satu.
  • Setelah group atau gabungkan semua objek, pilih animasi “Spin”. Untuk animasi yang berjalan berlawanan dengan semua objek, anda hanya perlu download daripada google, “running man animation” atau apa sahaja yang anda suka.

PENTING: Pastikan animasi bergerak itu tidak digroup atau digabungkan sekali!

  • Pergi kepada Animation Pane, pilih Effect Option dan pastikan anda set effect dan timing animation seperti gambar di bawah.

Itu saja? Ya itu saja. Senang, mudah, pantas.

Jika nak lebih menarik anda boleh tambah musik mengikut kesesuaian. Selamat mencuba!

Komen via Facebook

Sifoo.com (Amira)

Sifoo.com (Amira)

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed