Klik Penaja Kami
Mari kita buat satu aktiviti kreatif menarik bersama si kecil (atau layan diri sendiri pun boleh). Lukis, ambil gambar dan jadikan animasi secara automatik! Sangat menarik untuk dicuba.
Animated Drawing adalah satu aplikasi web yang berasaskan kecerdasan buatan (artificial intelligence) untuk mengesan lukisan figura, meletakkan struktur tulang animasi dan akhir sekali…terhasillah animasi yang mudah dan menyeronokkan.
Animated Drawing

URL: https://sketch.metademolab.com
Mudah sahaja. Hanya dengan empat langkah sahaja!

Ala…empat langkah tersebut adalah automatik sahaja. Hampir tidak memerlukan apa-apa pelarasan. Hanya tekan next, next dan next sehingga siap.
Berikut adalah proses yang perlu dilalui (sekejap sahaja):
- Upload lukisan
- Scan dan cari karekter
- Mengasingkan karekter
- Meletakkan tulang dan sendi
Selepas itu, siaplah animasi anda!
Boleh cuba beberapa preset animasi yang disediakan.
Tutorial Video di Tiktok @sifoodotcom
Selamat mencuba!
Tambah komen