#sifoodotcom

Antara Potensi, Bakat dan Usaha

Kursus di SIFOODOTCOM

Minggu ini saya berpeluang untuk berada di dua sesi yang menarik. Pertamanya ialah sesi temuramah bersama Majalah Potensi, sebuah majalah usahawan. Keduanya, sesi talk untuk para pelajar Fakulti Rekabentuk dan Binaan, UPM, Serdang.

Penerbit Majalah Potensi telah menghubungi saya untuk satu sesi temuramah. Jadi, pada hari Rabu yang lepas saya telah bertemu dengan Pn. Salnor Abdullah di Little White Cafe, Bandar Baru Bangi. Kebetulan kafe tersebut dimiliki oleh seorang bekas guru MRSM Kuantan, sekolah saya dahulu. Nama beliau ialah Pn Faizah. Sempat juga saya berbual ringkas dengan beliau. ๐Ÿ™‚

Sesi temuramah dengan Pn. Salnor berlangsung selama hampir 3 jam! Sedar tak sedar. Banyak cerita, kisah, idea dan pengalaman yang dikongsikan bersama. Majalah Potensi berusaha untuk memaparkan kisah usahawan yang sedang bangkit dan yang belum betul-betul ternama atau bukan usahawan korporat yang dah gah. Nantikanlah bagaimana garapan kisah saya akan dipaparkan di dalam majalah tersebut nanti.

Pn. Salnor juga menyatakan hasrat beliau untuk berkerjasama dengan Sifoo.com di masa akan datang untuk apa-apa aktiviti atau acara. InsyaAllah, jika kena gayanya, hasrat tersebut boleh direalisasikan.

Keesokan harinya, saya memenuhi jemputan untuk memberi talk di Fakulti Rekabentuk dan Binaan, UPM, Serdang. Sesi talk tersebut adalah untuk Program Keep Jumping yang disertai oleh para pelajar baru fakulti tersebut. Sesi saya diberi nama Bersama Ikon.

Tajuk yang saya pilih ialah Bakat dan Usaha – Cukupkah Sekadar Berbakat?

Perkongsian saya berkisarkan motivasi untuk para pelajar baru supaya berusaha kerana dengan bakat sahaja, belum tentu mereka boleh berjaya. Bakat yang tidak diasah hanya akan menjadi statik dan tidak berkembang. Dalam erti kata lain, berbakat tidak semestinya kreatif. Kreativiti memerlukan latih tubi untuk meningkatkan daya prestasinya.

Pelajar kena mula dari awal untuk bersiap sedia memasuki industri kreatif. Mereka harus fokus pada pembelajaran dan sentiasa update tentang apa yang berlaku di dalam industri. Mereka juga harus menajamkan kemahiran kreativiti – cara mencari idea baru, teknik kreatif, brainstorming dan pengurusan masa.

Akhir sekali, pesanan dari saya ialah “Hard work beats talent when talent doesn’t work hard“. Saya harap mereka semua berjaya memanfaatkan potensi diri yang ada pada mereka untuk menjadi pekerja industri kreatif yang boleh dibanggakan.

Selepas sesi talk tersebut, sempat juga saya menyambung perkongsian pengalaman dengan para pelajar di samping menandatangani buku Teknik Suntingan Foto Terbaik yang dijual. Ada juga yang mengambil kesempatan meminta saya melukis doodle. Phew! ๐Ÿ™‚

Saya gembira untuk kedua-dua hari tersebut. Alhamdulillah.

 

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

4 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed