#sifoodotcom

Apa Itu Frame Rate Dan Apa Kegunaannya?

Kursus di SIFOODOTCOM

Sesebuah video, pada asasnya adalah turutan gambar atau imej pegun yang berubah dalam setiap bingkai dan dipaparkan secara sangat pantas sehingga otak kita tidak menilai ia sebagai imej pegun lagi, tetapi sebagai gambar bergerak.

Frame rate ialah kepantasan setiap gambar itu dipaparkan. Frame rate biasanya dinyatakan sebagai Frame Per Second atau FPS. Setiap imej mewakili satu frame, jadi jika video ditangkap dan dimainkan semula pada 25fps, maka setiap 1 saat video akan menunjukkan 25 imej pegun.

Contohnya, jika anda ingin merakam video mengunakan DSLR atau Camcorder, anda perlu menentukan resolusi (720p, 1080p atau 4k) dan frame rate seperti 24p, 30p, 50p, 60p dan lain-lain. Setting ini yang buat pening kepala, apakah yang sesuai untuk dipilih, terutamanya untuk sesiapa yang masih baru dalam bidang videografi.

Terdapat pelbagai setting Frame rate bagi penghasilan video seperti 24fps, 30fps, 60fps dan banyak lagi.

Bagaimana Terhasilnya Frame Rate?

Sebelum kita pergi lebih jauh apa itu Frame rate, kita harus tahu bagaimana terhasilnya Frame rate ini. Mari kita lihat video ini.

Sebagai penghasil video atau filem kita harus tahu apa kegunaan setiap jenis Frame rate ini, supaya hasil seni kita dapat dilihat oleh penonton dengan lebih jelas. Hendak atau tidak kita harus ambil tahu tentang Frame rate ini kerana ia adalah asas teknikal atau teknologi bagi dunia video atau filem.

Hasil seni kalau cantik macam manapun kalau gagal untuk difahami penonton ia akan jadi sebagai seronok sendiri ja

Najib Saad

Komen via Facebook

Najib Saad

Najib Saad

Berkerja sebagai Penolong Jurutera di Bahagian Sumber & Teknologi Pendidikan dan juga sebagai editor di eduwebtv.moe.edu.my yang dahulunya dikenali sebagai TV Pendidikan.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed