#sifoodotcom

Apa itu Joomla!?

Kursus di SIFOODOTCOM

Joomla! ialah sebuah sistem pengurusan kandungan sumber terbuka yang diedarkan secara percuma. Ia ditulis dalam bahasa pengaturcaraan PHP untuk menerbitkan kandungan ke laman web dan intranet dengan menggunakan Pangkalan data MySQL.

Ciri-Ciri Joomla!

Ciri-ciri unik Joomla! termasuklah laman cache untuk meningkatkan prestasi, RSS, laman boleh cetak, berita terkini, blog, undian, carian laman, dan bahasa-bahasa.

Sejarah Joomla!

Nama “Joomla” diambil daripada perkataan Swahili iaitu jumla yang bermaksud “mari bersama-sama” atau “secara keseluruhannya”. Ia dipilih bagi menunjukkan komitmen pasukan pembangunan dan komuniti projek berkenaan. Keluaran pertama Joomla! (Joomla! 1.0.0) diumumkan pada 16 September 2005. Ini adalah keluaran penjenamaan semula Mambo 4.5.2.3 digabungkan dengan pembaikan keselamatan serta pepijat komputer. Di peta laman projek ini, pasukan pembangunan asas menyatakan bahawa Joomla! 1.5 adalah kod yang ditulis semula dengan dibinan menggunakan bahasa pengaturcaraan PHP 5.

Lesen Dokumentasi Bebas GNU

Joomla! dibebaskan di bawah Lesen Dokumentasi Bebas GNU.

Komuniti Joomla! Malaysia

Untuk mendapatkan info dan perkongsian dengan lebih lanjut boleh berhubung dengan Komuniti Joomla! Malaysia.

Web Komuniti Joomla! Malaysia: http://www.joomla.my
Facebook Pages: https://www.facebook.com/pages/Joomla-Malaysia/356276710505
Group Facebook: https://www.facebook.com/groups/21778343801/
Twitter: http://www.twitter.com/joomlamalaysia

Komen via Facebook

Avatar

Zaki Abdullah

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed