#sifoodotcom

Apa itu Linked File?

Kebiasaannya, setiap kali kita Place apa-apa fail ke Illustrator, fail tersebut akan berada dalam bentuk Linked File. Untuk Photoshop, hanya Photoshop CC dan ke atas yang ada fungsi ini.

Dalam proses kerja grafik, pasti kita akan diminta untuk melakukan pengubahsuaian pada draf reka bentuk yang kita hantar kepada klien atau majikan. Hal ini amat memeningkan terutamanya apabila material yang perlu dibuat itu terlalu kompleks atau terlalu banyak. Oleh itu, para pereka harus mencari cara bagaimana untuk melakukan kerja dengan lebih efektif.


linkedfile_tajuk

 

Linked File

 

Fail yang dimasukkan ke dalam Illustrator dengan cara Place, kebiasaannya akan muncul dalam bentuk Linked File (Ada palang pada gambar)
Fail yang dimasukkan ke dalam Illustrator dengan cara Place, kebiasaannya akan muncul dalam bentuk Linked File (Ada palang pada gambar)

Linked File bermaksud fail yang kita Place tersebut masih ada hubungan dengan fail asalnya. Apa-apa yang berlaku pada fail asal, hal ini akan memberi kesan kepada Linked File tersebut.
Contoh mudah adalah apabila kita mengalih fail asal ke Folder lain, akan ada mesej amaran yang akan keluar.

Amaran akan keluar jika fail asal yang di 'Place' hilang atau diubahsuai
Amaran akan keluar jika fail asal yang di ‘Place‘ hilang atau diubahsuai. Sistem akan minta kita untuk kemaskini fail tersebut
replace
Apabila Yes dipilih pada amaran sebelumnya, satu lagi amaran akan keluar kerana sistem tidak jumpa fail yang hilang tadi dan meminta kita untuk Replace link fail. Kemudian, anda dikehendaki untuk mencari fail yang hilang tersebut untuk di ‘link‘ kan semula failnya.

Tahukah anda, fail yang di ‘Place‘ ke Illustrator tidak terhad hanya kepada imej atau foto? Malah fail dalam format .pdf, .ai dan .psd juga boleh di ‘Place‘ kan.

Menarik bukan?

Nantikan artikel seterusnya untuk perkongsian kelebihan menggunakan Linked File pada fail .pdf, .psd dan .ai.

Aidil Azim

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed