#sifoodotcom
apa itu sales funnel

Apa Itu Sales Funnel?

Kursus di SIFOODOTCOM

“Tuan, boleh ajar tak apa benda sales funnel itu?”

Soalan ini diajukan semasa kelas asas bina website tempoh hari. Saya bukanlah orang yang tepat untuk mengajar topik sales funnel.

Tapi bila soalan sudah ditanya, kenalah jawab.

Peserta itu ada menjual buku yang ditulisnya sendiri.

Saya pun bertanya kepada peserta tadi, “Puan ada jual buku sendiri kan? Dah berapa unit buku terjual?”

“Saya terbit sendiri buku itu tiga bulan lepas. Dalam sebulan, saya berjaya jual 100 unit. Kemudian saya berikan juga kepada kedai buku untuk jualkan.”

Haa bagus.

Sales funnel ini wujud dalam setiap jual beli yang berlaku sama ada kita sedar atau tidak. Jika orang itu pernah menjual, maka sudah pasti dia ada sales funnel.

Apa Itu Sales Funnel

“Cuba puan ceritakan apa yang puan buat untuk jual buku itu sendiri.”

“Biasanya saya buat post di Facebook promote buku. Kemudian kalau ada yang like post itu, saya mesej seorang demi seorang. Bila dah mesej saya beri poster buku saya. Kadang ada yang berminat dan ada yang tak. Kalau berminat saya beri no akaun bank untuk mereka bank in. Kemudian saya pos.”

Baik, sekarang cuba jadikannya dalam bentuk senarai.

  1. Buat post promote buku di Facebook.
  2. Mesej personal setiap yang like post.
  3. Follow up dengan poster.
  4. Beri no akaun bank.

“Inilah sales funnel puan sekarang.”

Sales funnel ini adalah apa yang pelanggan kita lalui dari awal dia sedar mengenai produk kita sampai dia beli.

Setiap apa yang kita buat itu kita panggil sebagai aktiviti. Dan kita kena tahu kenapa kita buat aktiviti itu.

Contoh, buat post promote produk di facebook itu tujuannya untuk awareness, beri kesedaran kepada rakan-rakan facebook kita yang kita ada jual produk.

Mesej personal setiap yang like post itu pula adalah kerja nak convert orang yang dah SEDAR kewujudan produk kita kepada orang yang TAHU pasal produk yang kita jual.

Golongan yang SEDAR ini kita panggil cold lead

Golongan yang TAHU ini kita panggil sebagai warm lead.

Kenapa kita panggil lead?

Sebab mereka masih belum membeli.

Jika mereka sudah beli, kita panggil sebagai customer atau pelanggan.

Peserta itu dah mula tersenyum sikit, “Habis itu kenapa ada orang siap buat kelas sales funnel?”

Kenapa Kena Tahu Sales Funnel

“Adakah puan rasa puan boleh kekalkan momentum jualan dengan hanya promote di facebook personal sendiri?”

Sampai satu masa, ada kemungkinan sales funnel kita yang satu itu sudah tidak lagi efektif. Jualan sudah tidak memberansangkan walaupun sudah buat banyak facebook post.

“Kenapa?”

Kemungkinan besar orang yang lihat semua post kita itu adalah orang yang sama. Bilangan orang yang SEDAR akan kewujudan produk kita tidak bertambah.

Wajah yang tadi tersenyum, sudah mula berkerut, “Apa yang saya kena buat bila benda begini berlaku?”

“Sebab itulah kita tidak boleh bergantung kepada satu sales funnel sahaja. Sebagai contoh tadi puan kata kedai buku pun ada ambil buku dan edarkan ke setiap cawangan. Itu sales funnel kedua.”

Sebab itu ada orang pergi kelas sales funnel. Tujuannya untuk belajar apa sales funnel lain yang boleh dicuba untuk bisnes sendiri.

Marketing adalah kerja eksperimen

Ada dua sebab mengapa orang mahu belajar sales funnel.

Pertama, kita mahu track setiap aktiviti yang kita buat yang boleh bawa jualan.

Kedua, kita mahu naikkan jualan.

Sebagai contoh kes jualan produk kosmetik:

Peniaga ini setup FB Ads, mereka yang klik iklan itu akan masuk ke dalam landing page website. Landing page itu pula bertindak sebagai salesman menerangkan semua mengenai produk. Dan jika berminat klik butang ‘BELI SEKARANG’ dan lakukan pembayaran.

Selepas seminggu peniaga itu pun lihat data jualan.

  1. Ada 100 orang klik masuk landing page website.
  2. Daripada 100 tadi, 20 klik butang mahu beli.
  3. Daripada 20 yang klik, ada 10 orang beli.

Jadi sekarang dia pun fikir nak repair tang mana untuk naikkan jualan.

Naikkan kos iklan FB Ads? Atau repair copywriting pada landing page supaya lebih ramai orang faham dan klik butang beli? Atau tambah tawaran bonus bagi mereka yang beli produk dalam tempoh 24 jam?

“Cuba fikir apa lagi aktiviti yang boleh dibuat untuk beri orang ramai awareness mengenai bisnes atau produk kita? Cukup ke dengan post facebook sahaja?”

Ada yang tambah satu langkah dalam funnel, orang klik iklan masuk landing page website untuk download ebook. Nak download ebook itu kena masukkan emel dan no telefon.

Kemudian siapa yang download ebook itu akan dapat emel berkala beri kesedaran mengenai kebaikan produk dan servis.

Selagi prospek tidak faham kenapa dia perlu beli produk kita, dia akan payah nak seluk poket dan membayar.

“Baiklah tuan, saya sudah faham apa itu sales funnel. Dengan siapa saya boleh belajar?”

Sekiranya puan pergi jumpa digital marketing punya agensi, maka dia akan ajar sales funnel yang guna pendekatan digital seperti facebook ads, website, retargeting, dll.

Sekiranya puan lebih suka cara konvensional, boleh cari mana-mana ejen takaful yang sudah lama dalam pasaran dan tanya, “Boleh ajar saya sales cycle?”

Komen via Facebook

Avatar

Azree Hanifiah

Azree Hanifiah merupakan seorang pengamal penerbitan digital. Beliau bertugas sebagai Chief Marketing Officer di Seroja Media, yang merupakan sebuah syarikat yang fokus kepada digital marketing.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed