#sifoodotcom

Apa Itu SEO (Search Engine Optimization)?

Kursus di SIFOODOTCOM

Ramai bertanya, “Macam mana nak buat SEO (Search Engine Optimization)?”

Sebelum kita pergi lanjut ke soalan bagaimana, lebih baik kita tahu apa benda SEO ini sebenarnya.

Saya berikan satu analogi mudah.

Analogi Pencari Kebenaran

Zamri pertama kali pergi ke shopping mall besar di bandar.

Dengar kata dalam shopping mall itu ada kedai mainan. Bolehlah dia beli untuk beri kepada anak lelakinya.

Tetapi dia tidak tahu lokasi tepat kedai itu di mana.

Apa yang Zamri boleh buat?

  1. Pergi ke kaunter pertanyaan
  2. Pusing keliling shopping mall sampai jumpa

Andai kata Zamri ada banyak masa terluang, dia akan pilih no 2.

Tetapi dia adalah seorang lelaki, mana maunya nak window shopping. Jadi dia memilih no 1.

“Ada kedai mainan tak dalam mall ini?”

Selesai bertanya, kaunter pertanyaan pun memberitahu ada 4 kedai mainan di situ:

  1. Kedai mainan kanak-kanak
  2. Kedai mainan alatan sukan
  3. Kedai mainan arcade
  4. Kedai mainan bowling

Soalan yang general, akan dapatlah senarai jawapan yang general.

Sebagai kaunter pertanyaan pula, mereka perlu memastikan jawapan yang diberikan adalah relevan dengan soalan.

Itulah bisnes asas Google.

Apa benda SEO ini?

Google sebagai kaunter pertanyaan mahukan customer yang datang kepada mereka dapat jawapan yang tepat berdasarkan isi hati yang bertanya.

SEO adalah singkatan kepada Search Engine Optimization.

Tak faham kan?

Saya cuba mudahkan.

Bila orang sebut nak buat SEO, mereka harapkan bila pelanggan buat carian sesuatu keyword di Google, akan keluar website mereka sebagai salah satu hasil carian.

Hasil carian di Google ini kita panggil sebagai SERP (Search Engine Result Page).

Contoh SERP bagi carian ‘Tutorial fotografi produk’

Katalah anda buat bisnes jual penapis air Coway.

Apa keyword yang rasa-rasanya orang pergi tanya di Google?

Cuba sekarang buat carian di Google dengan keyword itu.

Ini adalah contoh hasil carian di first page SERP bagi keyword ‘Penapis Air Coway’

Sekarang anda sebagai ejen penapis air Coway mestilah mahu website anda juga berada di muka surat pertama carian Google.

Inilah yang kita panggil sebagai SEO.

SEO – Kerja nak optimize website kita supaya Google iktiraf sebagai autoriti bagi keyword tertentu.

Cumanya macam mana nak tahu orang bermasalah itu cari keyword apa di Google?

Jadi sekarang anda sudah belajar serba sedikit term yang digital marketer di Malaysia pakai.

  1. SEO
  2. SERP

Barulah nampak gempak sikit bila borak dapat sebut term jargon begini kan.

Bagaimana Google Pilih Sesuatu Website Itu Berada Di Carian Pertama?

Tulisan saya ini tidaklah mahu menulis sesuatu yang bersifat teknikal sangat.

Katakanlah ada seorang dalam ahli keluarga anda menghidap strok.

Dan tiada seorang pun dalam ahli keluarga atau kenalan anda ada pengalaman menguruskan pesakit strok.

Siapa anda akan bertanya atau rujuk?

  1. Makcik bawang di facebook yang jual supplemen
  2. Doktor

Sebagai manusia berakal, cara kita buat keputusan adalah dengan memilih ‘Siapa yang lebih berautoriti’ atau ‘Siapa yang ada kredibiliti’ untuk jawab soalan kita.

Jadi kita pilih doktor.

Begitulah Google buat keputusan.

Google akan utamakan website yang ada autoriti terlebih dahulu.

Sekarang, muncul soalan seterusnya, “Bagaimana Google menentukan sesuatu website itu ada autoriti?”

Ini kita jawab dalam artikel lain.

Komen via Facebook

Avatar

Azree Hanifiah

Azree Hanifiah merupakan seorang pengamal penerbitan digital. Beliau bertugas sebagai Chief Marketing Officer di Seroja Media, yang merupakan sebuah syarikat yang fokus kepada digital marketing.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed