#sifoodotcom

Apa itu Sistem Broadcasting?

Kursus di SIFOODOTCOM

Pernah tahu tak anda melihat televisyen di rumah sebelum ini dapat isyarat atau signal dari mana?

Adakah cucuk cable antena ianya terus papar siaran-siaran anda?

Tidak, siaran yang anda dapat di kaca televisyen anda adalah siaran yang dihantar oleh syarikat penyiar kepada antena dan akan diproses oleh penerima televisyen anda. Ada yang perlu dilaraskan frekuensinya untuk mendapatkan sesuatu siaran. Ada juga yang boleh dicari sacara automatik. Tetapi ini diproses oleh modem televisyen anda dirumah.

Apa pula sistem  PAL ini?

Sistem PAL atau lebih dikenali sebagai Phase Alternation by Line ini merupakan sistem yang boleh diterima pada siaran televisyen anda. Walaupun kini, kerajaan telah memperkenalkan sistem digital yang diuruskan oleh MYTV Broadcasting untuk anda menerima dan melihat siaran dengan lebih jelas pada resolusi HD (High Definition).


*Sumber : https://en.wikipedia.org/wiki/List_of_digital_television_deployments_by_country

Tetapi, sistem PAL ini tetap perlu digunakan oleh syarikat penyiar dan juga pada peranti dirumah anda seperti DVD Player, Televisyen, atau pun Game Console.

Ada sistem lain selain PAL?

Mestilah ada. Di dalam dunia ini terdapat pelbagai jenis sistem yang berdaftar mengikut pada sesebuah negara. Antaranya NTSC, SECAM, PAL-J, PAL-M. Tapi yang penting kita guna adalah PAL System.

*Sumber : https://ms.wikipedia.org/wiki/PAL

Sebenarnya artikel ini ditulis kerana ada yang bertanya kepada saya beberapa soalan seperti :

“bolehkan peranti saya dibawa ke luar negara?”

“kenapa dvd yang saya beli dari luar negara tidak dapat dimainkan pada player dvd dirumah?”

Jawapannya adalah bergantung kepada negara manakah anda ingin berpindah, dan wajib tahu sistem yang diguna pakai dinegara tersebut. Begitu juga dengan kes pembelian DVD mahupun Blu-Ray Disk dari negara luar. Pada info di belakang cover DVD tersebut ada menyatakan sistem apa yang boleh anda gunakan. Selalunya akan dinyatakan seperti PAL atau NTSC atau PAL/NTSC.

Info cover belakang kotak DVD/Blu-Ray

Akan datang saya akan kongsikan dengan anda, kaitan sistem ini dengan sistem kamera anda!

Moga artikel ini sedikit sebanyak membantu anda.

Komen via Facebook

Avatar

Mohd Rashidi Isa

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed