#sifoodotcom

Apa Nak Kata Kat Freelancer Yang Buat Quotation & Invois Guna Illustrator?

Kursus di SIFOODOTCOM

Wahai para freelancer sekalian, camna korang hantar quotation atau invois kat klien korang? Jangan kata korang buat dalam Ai eh…


Ini adalah satu nasihat, tolong berhenti guna cara ini! Susah dan menyusahkan.

Tapi…tak kurang ramai juga geng freelancer grafik yang saya jumpa buat quotation and invois yang klien minta dalam software Adobe Illustrator (Ai). Ini adalah satu nasihat, tolong berhenti guna cara ini! Susah dan menyusahkan.

Kenapa? Awal-awal kerjaya dulu, inilah juga yang saya buat. Huhu…Jadi, saya tak nak kengkawan freelancer sekarang buat benda yang sama.

Kenapa Ai Susah?

  • Ia bukan software accounting.
  • Tiada sistem rekod. Susah nak jejak rekod lama.
  • Nombor quotation dan invois kena taip manual. Main belasah je.
  • Tiada tool untuk buat table! Gigihlah buat garisan satu per satu…
  • Tiada fungsi auto kira-kira.
  • Lecehnya nak align item dengan kuantiti dan dengan total harga item.

Saya tak kata tak boleh buat. Kalau nak buat, sila teruskan kegigihan anda. Tapi, ada cara yang lebih mudah!

Zaman ni, banyak app sistem perakaunan percuma (dan berbayar) yang boleh kita langgan dan guna.

Jom tengok senarai berikut untuk anda cuba!

01. WaveApps.com

Waveapps adalah satu sistem perakaunan yang lengkap. Begitu mudah untuk mencipta quotation dan terus hantar kepada klien. Jika klien setuju, terus boleh tukar quotation kepada invois dan hantar kepada klien untuk tuntut pembayaran.

Anda boleh letak logo diri anda atau logo perniagaan anda.

Ia adalah percuma. Kecuali jika anda ingin menerima pembayaran secara online dan ingin membuat pembayaran gaji staf (payroll). Itupun hanya untuk pengguna Kanada dan USA sahaja.

  • Percuma.
  • Cloud-based. Selagi ada internet, boleh uruskan akaun anda.
  • Ada mobile app.

02. Manager.io

Manager.io juga satu app perakaunan yang lengkap yang menawarkan versi desktop. Maksudnya, anda perlu download, install dan boleh guna secara offline.

Sama seperti Waveapps, anda boleh letak logo perniagaan anda dan terdapat banyak template untuk pelbagai kegunaan dokumen perakaunan.

  • Percuma untuk versi download.
  • Versi cloud-based tidak percuma.
  • Tiada versi mobile-app.

03. Urusniaga.my

Urusniaga.my adalah produk tempatan. Ia juga adalah satu sistem perakaunan yang sangat lengkap merangkumi juga urusan pengurusan stok, pengurusan pembekal serta pengurusan staf dan gaji.

Malangnya, sistem ini tidak percuma. Hanya ada percubaan 14 hari. Harga langganan bermula dari RM50 sebulan untuk pakej permulaan.

  • Bayaran langganan bermula dari RM50/bulan.
  • Cloud-based – boleh diakses di mana-mana sahaja.
  • Sistem perakaunan yang sangat lengkap!

04. Niagawan.com

Niagawan – satu lagi produk tempatan yang menawarkan satu sistem yang lengkap. Sama seperti Urusniaga.my.

Ia sesuai digunakan oleh pemilik bisnes, dropship atau agent yang menggunakan platform niaga secara online. Anda bukan sahaja boleh memantau transaksi bisnes, tetapi boleh menggunakan laporan akaun untuk membuat justifikasi keputusan bisnes anda.

Dan…ia tidak percuma! RM399 setahun. Lebih kurang RM30+ sebulan.

  • Bayaran langganan bermula RM399/setahun
  • Cloud-based – boleh diakses di mana-mana sahaja.
  • Sistem perakaunan yang sangat lengkap!

05. Invoicely.com

Ok. Kembali kepada app percuma. Invoicely menawarkan sistem percuma. Sama seperti Waveapps.com.

Anda boleh hantar invois tanpa had, terima pembayaran via PayPal, tukar logo, cipta beberapa akaun bisnes.

Apa yang Invoicely tak bagi untuk langganan percuma ialah anda tak boleh buat quotation. Pandai diorang ni. Jika anda nak buat quotation, kena langgan USD9.90/bulan (+-RM40/bulan)

  • Sistem cloud-based.
  • Percuma dengan had seperti yang diterang di atas.
  • Tiada aplikasi mobile.

06. Akaunting

Akaunting menawarkan sistem akaun yang sesuai untuk perniagaan skala kecil. Anda boleh buat dan hantar invois, terima pembayaran online dan merekod segala kos perbelanjaan.

Sistem ini adalah open-source. Bermakna, anda boleh boleh download dan install di server anda sendiri serta anda boleh customkan sistem ini mengikut kehendak anda sendiri. Syaratnya, anda kena tahu programminglah.

  • Sistem yang responsif. Sesuai untuk paparan mobile, desktop.
  • 100% percuma.
  • 100% simpanan data oleh diri sendiri. Bukan di server orang lain.

Dah 2019. Berubahlah…

Tak macam zaman saya dulu, tiada sistem online yang ditawarkan. Kena beli software perakaunan, ada CD installer. Kini, terlalu banyak online app. Cari je kat Google. Pasti jumpa.

Saya sempat kongsikan 6 app di atas. Jika, ada yang lain, bolehlah kongsikan kat komen di bawah.

Lupakanlah aktiviti buat dokumen akaun guna Ai. Berubahlah…demi sebuah kemajuan!

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

4 komen

  • Terima kasih sifoo..
    Sy pengguna tetap invoively.. Sebelum ni digelar Invoiceable. Ada 3 masalah sy jumpa selama 3 tahun guna.. Tak da customer support, takda versi mobile, takda Delivery order. 😅.
    .
    2019 sy pindah ke Niagawan sebab murah. RM99 setahun..cuma satu fungsi asas tiada, Send direct ke emel (kena copy paste) . Maybe sebab harganya murah dan limited fungsinya.
    .

  • Urusniaga atau niagawan lebih bagus dan mudah? Saya ada stok barangan. Dan saya nak track record pelanggan dan juga barangan. Yang penting saya nak cari yang senang selepas transaksi, kita mudah hantar quotation dan invoice kepada pelanggan.

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed