Klik Penaja Kami
Satu soalan yang kerap kali ditanya oleh designer baharu ialah “bagaimana nak caj sesebuah design?”. Malahan, soalan ini juga sukar dijawab dengan jelas oleh designer yang terlalu biasa berkerja di bawah majikan. Design, dari segi kira-kira adalah sesuatu yang abstrak dan sukar untuk dikira secara tepat. Jadi, bagaimana kita sebagai designer boleh meletakkan harga pada sesebuah design?
Kita ambil contoh upah menghasilkan design sesebuah logo. Ada designer yang boleh menghasilkan logo dengan upah hanya RM50. Ada designer lain tidak akan mengambil upah pada harga kurang dari RM500. Persoalannya, kenapa terjadinya satu perbezaan yang agak besar di antara RM50 dan RM500?

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada perbezaan harga yang ketara, antaranya:
- Tahap kemahiran dan pengalaman seseorang designer.
- Pengetahuan seseorang designer dalam bidang jualan dan pemasaran.
- Perbezaan tahap designer – amatur atau profesional.
Designer yang mempunyai kemahiran yang tinggi serta pengalaman yang luas akan memiliki sebuah portfolio yang “kuat”. Portfolio adalah kunci yang menentukan tahap seseorang designer. Designer harus sentiasa meningkatkan kualiti hasil kerja dari masa ke masa supaya portfolio mereka menjadi semakin mantap. Klien tidak akan merasa ragu-ragu untuk membayar tinggi kepada designer yang mempunyai rekod hasil kerja yang bagus.
Designer juga harus memiliki pengetahuan dalam bidang jualan dan pemasaran. Untuk meletakkan sesuatu harga pada hasil kerja atau servis yang akan diberikan, seseorang designer perlu tahu “harga pasaran”. Ini boleh mengelakkan dari meletak harga terlalu rendah atau terlalu tinggi berbanding harga yang ditawarkan oleh designer lain iaitu harga pasaran. Mempromosikan harga yang terlalu rendah boleh menyebabkan klien mempersoalkan harga designer lain dan menyebabkan harga semakin rendah. Ini boleh merosakkan pasaran industri kreatif. Kesilapan ini sering berlaku kepada designer baharu atau “designer wannabe”. Walau bagaimanapun, tidak logik juga untuk seorang designer baharu meletakkan harga terlalu premium padahal portfolio tidak seberapa.
‘Designer wannabe’ adalah seseorang yang tidak mempunyai latar belakang tentang design, tidak mendapat pendidikan yang betul, tidak mengetahui selok-belok dunia design secara mendalam tetapi berminat menceburi untuk “cari makan” di dalam bidang design. Tanpa portfolio sebagai designer, mereka terus sahaja membuat pemasaran secara semberono dan “main redah” sahaja. Mereka ini seharusnya berhati-hati dan tidak gelojoh. Tingkatkan ilmu dan pengalaman secara berperingkat-peringkat dahulu. Dengan mengetahui teknik menggunakan perisian grafik bukanlah lesen besar untuk seseorang layak menjadi designer.
Ok, jadi bagaimana kaedah untuk meletak harga pada sesebuah design? Ada beberapa cara yang boleh digunakan bergantung kepada kesesuaian projek dan latar belakang klien, antaranya:
- Lump sum – satu harga untuk keseluruhan projek tanpa mengira jumlah masa dan pecahan item kerja.
- Mengikut jumlah masa – letakkan satu kadar mengikut masa dan caj mengikut jumlah masa yang diperlukan untuk menyiapkan projek tersebut.
Kedua cara di atas mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Bergantung kepada designer secara individu. Tetapi sebelum meletakkan sesuatu harga, tanya perkara berikut:
- Berapa banyak pengalaman yang anda miliki di dalam bidang grafik atau di dalam projek yang bakal dibuat?
- Apakah kadar harga yang telah / pernah anda tetapkan untuk projek yang hampir sama?
- Berapakah nilai projek tersebut apabila ia telah siap nanti?
- Apakah anda telah memiliki spesifikasi projek secara terperinci daripada klien?
- Apakah kaedah untuk menyiapkan projek tersebut?
- Berapa banyak masa yang dianggarkan untuk menyiapkan projek?
- Berapakah harga yang perlu anda tetapkan untuk menampung segala kos anda (termasuk overhead dan upah lain)?
- Berapa tinggi keinginan anda untuk mengambil projek tersebut?
- Berapakah harga pasaran tempatan untuk menyiapkan projek tersebut?
- Berapakah harga lantai di pasaran tempatan untuk projek tersebut?
- Berapa kemampuan klien untuk membayar anda? (Tidak salah untuk bertanyakan berapa bajet mereka).
- Apa yang anda sediakan kepada klien untuk membenarkan mereka menggunakan design anda untuk masa akan datang? (The rights of use).
- Sekiranya klien adalah sebuah organisasi non-profit, adakah anda mempunyai model harga yang berbeza?
Tiada satu formula yang tepat untuk meletakkan harga. Pada akhirnya, ia melibatkan persetujuan dan kepuasan di antara designer dan klien. Tanggungjawab tak langsung seseorang designer ialah memberi pelajaran kepada klien tentang bagaimana “kita” meletak harga pada sesebuah design. Harga yang paling mahal pada sesebuah design adalah idea dan eksekusi idea tersebut. Idea yang paling unik dan menarik serta boleh berfungsi adalah sangat mahal!
Fikir-fikirkan. Buat kajian dan tambah bahan bacaan masing-masing.
Selamat maju jaya!
Artikel Lanjutan Tentang Kaedah Letak Harga:
https://mn.sifoo.com/posts/4088808?utm_source=manual
Macam mana nak buat logo syarikat yang berkesan??
Menarik pertanyaan ni. Nanti saya buat satu artikel khas pasal logo syarikat.
Macam mana saya ingin menjana pendapatan sendiri dgan menjual hasil design..saya bekerja sebagai grafik designer dan ingin membuka.perniagaan sendiri
perniagaan dalam bidang grafik kebanyakannya adalah dalam kategori “menyediakan perkhidmatan”. maksudnya, kena buat marketing, cari klien, bagi perkhidmatan dan melayan permintaan pelanggan.
boleh kembangkan perkhidmatan grafik kepada percetakan, atau pembangunan multimedia seperti mobile app, web, dll.
Salam
Pihak syarikat ingin membuat logo baru. Syarikat bernama Stella Corporation Berhad.
Sykt menjalankan perniagaan construction, property dan water industry.
logo dalam bentuk al tu ape maksudnya ye tuan?
Ai atau Adobe Illustrator. Selalunya merujuk kepada fail dalam format vektor.
Assalamu’alaikum tuan. Saya nak tanya berkenaan harga ni, saya mahir dalam bab designer ni tetapi saya designer ni bukanlah kerja tetap saya, saya merupakan seorang student universiti lagi. Dan saya diupah untuk design 3 poster, 3 bunting dan 1 backdrop. Saya tak tahu nak letak harga design saya macam mana sebab memang takde pengalaman langsung. Boleh tuan berikan saya tips berkenaan harga design ni??
Nak Tanya, macam Mana nak buat brief design template ye?
Kalau ada wat kursus kat melaka.. Bole maklumkan kay sy..
Sy berminat nk. Mengikuti kursus tersebut.. Tq
[…] Sumber https://sifoo.com/bagaimana-nak-caj-design/ […]
berapa harga design portfolio/resume?
Tapi kalau caj terlalu murah akan rosakkan harga market design kan? Dan buat masyarakat terus pandang rendah pada kepentingan industry design itu sendiri. Betul ke?
Betul tu. Bukan setakat pandang rendah pada seluruh industri malahan kepada pereka itu sendiri.
Dengan siapa kita boleh menjual likisan tu atau design tu
Saya perlukan designer untuk iklankan produk kecantikan saya.
Hi, boleh saya tahu awak dah jumpa designer tu ke?