Klik Penaja Kami
Nak design dengan mudah tetapi kreatif, Canva sediakan banyak koleksi elements termasuk Frames. Apa itu frames dan bagaimana cara menggunakannya?
Jom belajar guna Element Frames dalam Canva!
- Apa Itu Canva?
- Apa itu Elements?
- Apa itu Element Frames?
- Bagaimana Memilih Frames?
- Bagaimana Cara Menggunakan Frames?
- Antara Frames Yang Menarik
Apa Itu Canva?
Canva adalah aplikasi percuma online (web dan mobile) yang menyediakan tools dan templates untuk menghasilkan design. Ada banyak jenis design yang kita boleh hasilkan seperti slaid persembahan, poster untuk media sosial, design untuk cetakan, video animasi dan banyak lagi.
Canva adalah percuma dengan pilihan untuk upgrade ke akaun Pro (terdapat tempoh percubaan akaun Canva Pro selama 30 hari).

Ramai yang suka dengan Canva kerana ia menyediakan sangat banyak template dan sangat banyak elements (stok gambar, ikon, grafik, carta, infografik dan lain-lain). Canva sangat mudah digunakan kerana segala bahan untuk buat design disediakan dalam satu tempat.
Kalau anda belum cuba lagi, kami sarankan untuk anda daftar dan mula hari ini.
Apa itu Elements?

Elements adalah stok bahan untuk kita gunakan dalam design seperti foto, grafik, ikon, clip arts, stiker, video dan audio.

Canva menyediakan jutaan koleksi elements secara percuma dan secara premium (akaun Pro dan Edu). Dengan stok elemen yang sangat banyak ini, pengguna Canva tidak akan menghadapi masalah untuk menghasilkan design. Mudah kan?
Apa itu Element Frames?

Salah satu kategori Elements yang disediakan dalam Canva adalah Frames. Konsep cara gunanya adalah anda boleh masukkan gambar ke dalam frames.
Gambar tersebut akan terletak di dalam frames mengikut bentuk frames. Sangat menarik dan mudah.
Frames disediakan dalam pelbagai bentuk dan gaya.
Bagaimana Memilih Frames?

Frames terdapat di dalam Elements. Klik “See all” untuk melihat senarai penuh elements.
Bagaimana Cara Menggunakan Frames?
- Pilih jenis frame – klik atau drag masuk ke dalam page.
- Pilih gambar – drag masuk ke dalam frame yang dipilih.
- Ubah kedudukan atau saiz gambar dalam frame dengan menggunakan Crop.
Antara Frames Yang Menarik

Tambah komen