Klik Penaja Kami
TikTok – satu aplikasi yang semakin trending dan menarik perhatian generasi internet terutamanya golongan muda.
Pada awal kemunculan TikTok, banyak video-video yang ke arah hiburan. Tidak dinafikan TikTok menyediakan fungsi-fungsi yang tidak membosankan dengan suntingan video yang menarik, senarai lagu yang trending serta efek transition yang mengujakan content di TikTok.
Maka ramai yang berkongsi video-video berjoget ikut rentak lagu dan editing video yang menghiburkan (dan menjengkelkan juga :P).
TikTok Guru

Kebelakangan ini, terdapat kebanjiran content berguna dan bermanfaat yang dipersembahkan dengan kompak tetapi kreatif. Content creator yang berkongsikan content “education” menggelarkan diri mereka sebagai “TikTok Guru“.
Korang boleh search keyword atau hashtag “#tiktokguru” untuk mendapatkan content yang bermanfaat.
TikTok SIFOODOTCOM
Kami juga tidak ketinggalan untuk menghidangkan content belajar design dalam bidang grafik dan multimedia untuk audiens TikTok Malaysia.

Content Creator SIFOODOTCOM yang diketuai oleh Muhammad Syafiq Azman bersama dengan pengasas Sifoo.com, Imran Abdul Jabar serta team SIFOODOTCOM yang lain giat memasukkan content untuk belajar design di TikTok untuk memberi inspirasi serta panduan kepada yang minat nak belajar design.


Dalam tahun 2020, Syafiq Azman berjaya mendapat anugerah TikTok Guru Malaysia bersama lima TikTokers yang lain seperti Dr. Sylvia Lim, Irfan Khairi, Iqbal Ahyar dan Carlson Chia.
TikTok Webinar

Team SIFOODOTCOM mula mendapat jemputan untuk berkongsi tentang trend komunikasi digital menggunakan platform TikTok daripada agensi kerajaan seperti anjuran Bahagian Teknologi Maklumat, Institut Tanah dan Ukur Negara (INSTUN) pada 29 September 2021.
Semoga content ilmiah terus menyumbang kepada pendidikan warga internet tak kira apa juga platform media sosial yang ada termasuklah TikTok.
Jangan lupa follow TikTok Guru SIFOODOTCOM ya! 😉
tiktok.com/@sifoodotcom
Tambah komen