#sifoodotcom

Belajar Design

Klik Penaja Kami

Anda ingin belajar design tapi tak tahu cara nak mula? Nak belajar apa dahulu? Terus terjun belajar software atau belajar prinsip-prinsip asas design dahulu?

Baiklah, dalam artikel ini, kami akan senaraikan sumber-sumber untuk belajar design.




1. Kolej / Universiti

Pilihan belajar design di kolej atau universiti adalah sangat digalakkan kerana anda akan belajar secara teratur mengikut silibus yang telah disusun. Anda akan diberi panduan dan didikan oleh pensyarah.

Semua kerja dan latihan anda akan dinilai dan disemak progres pencapaian. Akhirnya, setelah lengkap kesemuanya, anda akan mendapat sijil kelayakan – diploma atau ijazah.

Kelebihan belajar di kolej atau universiti adalah anda akan belajar secara seimbang dan teratur dari segi teori, prinsip dan praktikal. Sijil yang diperolehi boleh digunakan sebagai penanda kelayakan kemahiran yang anda miliki.

Kekurangannya pula adalah dari segi tempoh masa belajar yang panjang, kos pembelajaran serta suasana belajar yang mungkin ‘stressful’.

2. Kursus Pendek

Pilihan lain adalah dengan menyertai kursus atau kelas pendek. Biasanya antara sehari hingga lima hari. Anda boleh pilih secara spesifik tajuk-tajuk kursus mengikut keperluan atau minat anda.

SIFOODOTCOM ada menyediakan kursus-kursus sebegini. Anda boleh melihat jadual kursus di Training.sifoo.com.



Klik Penaja Kami

Kelebihan pilihan ini adalah anda boleh terus pilih tajuk kemahiran yang anda minat tanpa perlu belajar perkara-perkara yang dirasakan tidak perlu atau tiada kaitan dengan minat. Kosnya adalah lebih murah berbanding kalau belajar di kolej atau universiti. Sijil kursus juga boleh dikumpulkan bagi menandakan anda pernah belajar tajuk-tajuk tersebut.

Kekurangannya pula adalah pembelajaran anda mungkin tidak tersusun dan mungkin anda terlepas pandang perkara-perkara asas yang penting. Satu lagi, progres kerja anda tidak dipantau dan dinilai seperti kalau belajar di kolej.

Memilih kursus dan siapa yang mengajar juga menjadi faktor penentu kualiti pembelajaran.

3. Youtube

Tak kurang juga yang belajar dan mahir melalui video-video yang dihidangkan di Youtube. Terdapat sangat banyak video-video Youtube yang berkualiti untuk anda belajar sendiri.

Kelebihan belajar dari Youtube adalah kos, ia adalah percuma. Anda juga boleh memilih topik yang anda minat sahaja.

Kekurangannya pula mungkin ada antara anda semua yang tak tahu nak cari keyword apa untuk mencari video yang bersesuaian. Kadangkala, belajar dari orang dengan gaya yang berbeza-beza boleh mencelarukan diri sendiri.

Belajar dari Youtube tidak ada sijil. Jadi, sukar untuk anda buktikan yang anda telah selesai belajar tentang sesuatu topik.

SIFOODOTCOM adalah beberapa channel yang menyediakan perkongsian untuk belajar design:

4. Kursus Online

Terdapat juga pilihan untuk daftar kursus online seperti di Udemy, SkillShare atau Domestika. Platform kursus online tersebut menyediakan banyak tajuk-tajuk berkaitan dengan design. Silibusnya juga lengkap dan menarik untuk dipelajari.

SIFOODOTCOM juga memiliki platform kursus onlinenya tersendiri iaitu di UNI.SIFOO.COM. Boleh belajar design dengan memilih software atau kemahiran yang diminati.

Platform kursus online ini menyediakan silibus yang teratur dan anda hanya perlu melapangkan masa sendiri untuk melihat video-video yang disediakan – belajar sendiri pada jadual masa sendiri.

Kelebihan pilihan ini ialah anda boleh memilih apa yang diminati dengan kos yang tidak terlalu tinggi. Platform kursus online begini selalu membuat promosi diskaun atau kod kupon. Anda juga boleh mengumpul sijil digital apabila anda selesai menghabiskan kesemua topik pembelajaran yang telah disusun untuk anda.

Kekurangannya pula ialah anda perlu menyusun masa sendiri untuk belajar – disiplin masa. Dan juga, interaksi dua hala antara pelajar dan pengajar terbatas (sekiranya pengajar tidak menyediakan saluran berinteraksi).

5. Perkongsian di Media Sosial

Akhir sekali, terdapat banyak sangat perkongsian berguna dalam akaun media sosial di pelbagai platform. Anda boleh juga memanfaatkan perkongsian-perkongsian begini untuk belajar design.

Anda boleh cari dan follow content creator yang berkongsi tentang design. Mereka ini akan sentiasa membuat sharing yang menarik dalam format grafik, slaid, video, live dan juga audio.

SIFOODOTCOM juga mempunyai saluran media sosial dengan pelbagai jenis dan gaya perkongsian untuk tajuk design yang menarik dan bermanfaat.

TikTok . Instagram . Facebook – SIFOODOTCOM

Anda juga boleh belajar design daripada media sosial SIFOODOTCOM:

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.
sdc.is/sifoodotcom




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed