#sifoodotcom

[Ps] Berus Bokeh

Tutorial kali ini akan menunjukkan cara menghasilkan efek bokeh dengan menggunakan Brush Tool.

Komen via Facebook

Kursus di SIFOODOTCOM

Bokeh adalah kesan fotografi apabila kamera dan lens disetkan pada setting-setting tertentu. Brush yang akan kita buat kali ini membolehkan kita meniru efek bokeh di waktu malam. Jom kita cuba.

HASIL:

hasil

FOTO ASAL:

asal

 

BAHAN YANG DIPERLUKAN:

  • Sekeping gambar. Gambar waktu malam lebih elok untuk tutorial ini. Tetapi boleh juga kalau nak cuba guna gambar-gambar lain.

 

LANGKAH 1:

01

  • Buka satu fail baru di dalam Photoshop. Setkan saiz document yang bersesuaian dengan kehendak kerja anda.
  • Gunakan menu File > Place untuk memasukkan gambar yang dipilih.
  • Dengan menggunakan Place, gambar tersebut akan masuk ke dalam layer sebagai Smart Object.

LANGKAH 2:

02

  • Applykan filter Gaussian Blur. Klik menu Filter > Blur Gaussian Blur.
  • Setkan nilai blur yang sesuai mengikut saiz gambar anda. Jangan terlalu blur sehingga tak nampak rupa gambar. Tapi jangan pula terlalu sikit blurnya.

LANGKAH 3:

03

  • Disebabkan layer gambar tadi di dalam format Smart Object, filter tadi juga diapplykan dalam format Smart Filter
  • Klik pada kotak thumbnail Smart Filter.

LANGKAH 4:

04

  • Pilih Brush Tool. Setkan warna hitam.
  • Sapukan brush pada bahagian foreground gambar iaitu pada subjek kereta.
  • Ini akan menjadikan subjek kereta tersebut kembali jelas (sharp).

LANGKAH 5:

05

  • Sekarang pilih Brush Tool lagi sekali.
  • Di bahagian atas Photoshop, klik pada arrow (lihat imej di atas) untuk memilih jenis brush.
  • Pilih Hard Round.

LANGKAH 6:

  • Buka panel Brush. Klik menu Window > Brush.
  • Setkan seperti yang ditunjukkan di dalam imej-imej berikut.

06a

 

  • Setting untuk Brush Tip Shape.

06aa

 

  • Setting untuk Shape Dynamics.

06b

 

  • Setting untuk Scattering.

06c

 

  • Setting untuk Color Dynamics.

06d

  • Aktifkan Wet Edges.

LANGKAH 7:

07

  • Klik button new brush. 
  • Beri nama untuk brush  baru ini, Klik OK.

LANGKAH 8:

08

  • Buat satu layer baru.
  • Setkan blending mode layer baru ini kepada Overlay.
  • Pilih Brush Tool dan pilih jenis brush yang baru disave tadi iaitu Bokeh Brush.
  • Setkan size brush yang sesuai dengan saiz gambar.
  • Sapukan brush di dalam layer yang baru ini.

Itu sahaja. Tak susah pun. Anda boleh menambah layer ‘overlay’ tadi untuk memvariasikan saiz dan kepekatan bokeh brush.

 

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

6 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed