#sifoodotcom

Bungkusan Kreatif “Di Luar Kotak” Selamatkan Kerugian Syarikat Basikal Sehingga 80%!

Kursus di SIFOODOTCOM

Para penjual barang online selalu menghadapi masalah apabila menerima complain daripada pelanggan akibat barang yang diterima tidak sempurna dan selalunya disebabkan pihak penyedia perkhidmatan penghantaran tidak menguruskannya dengan baik. Walaupun ada perkataan “mudah pecah” atau fragile, isu yang sama masih terjadi. Arghhh stress!

Berfikir Di Luar Kotak

Syarikat basikal VanMoof seringkali menghadapi masalah basikal yang dihantarnya rosak semasa dalam proses penghantaran. Jadi apakah solusi yang paling sesuai untuk mengatasi masalah ini? Idea bagaimana yang boleh atasi isu ini?

VanMoof telah membuat satu pengubahsuaian yang menarik dan tidak mengeluarkan kos yang banyak. Cetak gambar televisyen di atas kotak!

Dengan hanya meletakkan basikal yang dibeli oleh pelanggan ke dalam kotak bungkusan saiz televisyen berskrin nipis, beliau mampu mengurangkan kerugian sebanyak 80%!

Bila sudah diletakkan dalam bungkusan seperti ini, pasti pihak penyedia perkhidmatan penghantaran akan menguruskannya dengan berhati-hati, yelah TV kot!

Pelanggan Gembira!

Sumber gambar: Olivier Dobberkau
Sumber gambar: Olivier Dobberkau
Sumber gambar: Olivier Dobberkau

Berfikiran Kreatif Boleh Selesaikan Isu

Jika berhadapan isu, berfikirlah di luar kotak. Gunakan minda kreatif untuk selesaikan isu dengan jalan yang mungkin tidak difikir oleh orang lain.

Jadi, mungkin lepas ni penjual online yang lain boleh praktikkan idea ini, tapi jika anda menjual set barang kosmetik seperti lipstik atau krim pencuci muka janganlah anda letakkan dalam kotak sebesar ini, anda pula yang rugi nanti. Fikirkan inovasi kotak yang sesuai seperti kotak i-Phone misalnya. Cadangan jer…anda mungkin boleh fikir yang lebih lagi!

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed