Klik Penaja Kami
Aplikasi Canva semakin mendapat tempat di kalangan content creator dan juga para designer seluruh dunia. Dengan perkembangan fungsi-fungsi terbaharu sejak kebelakangan ini, Canva menampakkan komitmen untuk mengembangkan potensi aplikasinya dan bersaing dengan aplikasi lain.
Canva menyediakan banyak templates untuk pelbagai kegunaan design seperti untuk presentation, social media post, poster promosi, video dan pelbagai lagi. Terkini, Canva telah menambah lagi fungsi suntingan videonya. Aplikasi “one stop center” ini semakin memudahkan kerja!

Proses Logo Baru Canva

Logo lama Canva (kiri) kelihatan tidak kemas dari segi susunan tipografinya, nampak longgar dan tidak konsisten. Manakala, logo baru (kanan) telah memperkemaskan susunan tipografinya dengan mengekalkan identiti bentuk lama, terutamanya pada huruf c dan v.
Canva berkongsi langkah-langkah pembinaan logo baru ini di dalam instagram mereka.

Langkah 1: mengenalpasti kawasan yang perlu diseimbangkan supaya dapat membantu logo tersebut berfungsi dalam ruangan kecil dan besar – di ikon aplikasi sehinggalah ke papan iklan.
Langkah 2: bermula dengan melakarkan logo dengan pelbagai variasi untuk mendapatkan mood pada setiap hurus dan untuk menerokai arah yang mempunyai potensi.

Langkah 3: mendapatkan maklumbalas daripada pasukan dan membuat keputusan yang betul, dan kemudian meneruskan proses perincian.
Langkah 4: akhir sekali, masukkan warna jenama. Canva ingin logonya memiliki aliran kreatif, dengan aliran huruf dan warna gradient yang menyerlah.
Mempersembahkan Logo Terbaharu Aplikasi Canva

Jadi, ini adalah logo terbaharu Canva. Apa pendapat anda?
Bagaimana untuk ikut branding..mohon info kembali.. terima kasih
Ikut branding? Maksudnya apa tu?