#sifoodotcom

Canva, “Suapan” Beginner

Kursus di SIFOODOTCOM

Canva adalah salah satu aplikasi yang paling popular. Tanya sahaja kepada para designer yang otai-otai mahu pun yang beginner sudah pasti mereka akan menyatakan pernah menggunakan atau tahu serba sedikit mengenai graphic app ini.

Latar Belakang Canva

Ditubuhkan pada 2012 oleh Melanie Perkins , di Sydney, Australia. Canva pernah menerima 750,000 pengguna serata dunia pada tahun pertama penubuhan syarikat ini. Kini Canva sudah pun diguna pakai oleh semua lapisan designer sama ada amateur mahupun senior dalam urusan bisnes ataupun marketing.

Apa Ada Dalam Canva

Tanpa membuang masa ayuh kita lihat apa yang Canva sediakan kepada penggunanya untuk tahun 2019.

Canva disediakan dalam 2 bentuk, website dan app dalam Google Play Store atau Apple Store. Apabila kita menggunakan kedua bentuk ini ada beberapa perbezaan dari segi cara mengakses kepada feature tersebut. Kami akan tunjukkan beberapa penggunaan yang berbeza dalam kedua-dua ini sebentar lagi.

Menjadi kebiasaan bagi aplikasi-aplikasi online yang lain. Canva perlu menghubungkan dengan akaun email. Anda boleh mulakan Sign Up dengan menggunakan akaun Google atau Facebook.

Setelah selesai sign in, anda akan dibawakan kepada paparan utama yang berbeza mengikut bentuk aplikasi

Paparan utama dalam telefon
Paparan utama dalam website

Bagi aplikasi dalam telefon pintar kita boleh terus pilih kategori template yang bersesuaian dengan social media atau mengikut ukuran yang kita mahu.

Pilihan mengikut kategori

Jika anda perhati di bahagian bawah kanan paparan utama ini terdapat ikon kecil berbetuk “+”. Apabila anda menekan ikon tersebut anda akan dibawa kepada template custom di mana anda bebas untuk melakar idea sendiri.

Paparan feature pada website agak berbeza, di mana kita boleh melihat terus kategori pada halaman tersebut.

Apabila kita menekan pada random template, Canva akan bawa kita ke Tab baru di mana kita boleh terus mula editing.

Anda boleh perhatikan pada sebelah kiri, Canva menyediakan beberapa pilihan yang kita boleh ubah mengikut idea sendiri. Gambar yang disediakan juga sangat memuaskan dari segi kualiti mahupun kreativiti dalam gambar tersebut.

Pada icon more “…”, kita boleh meletakkan gambar atau video pada laman sosial media sendiri sama ada melalui facebook, instagram, youtube dan lain-lain. Gambar atau video tersebut akan automatik upload setelah kita menekan pilihan yang kita kehendaki.

Kita juga boleh menambah page untuk mula start design poster lain atau poster yang sama tapi berlainan template.

Canva adalah separa berbayar, di mana banyak lagi yang kita tidak boleh akses secara percuma dan kesemua itu mempunyai design yang cantik serta gambar yang lebih berkualiti.

Selamat Mencuba Canva

Berakhir sudah review #sifoodotcom berkaitan Canva ini. Sudah pasti ramai yang sudah mencubanya. Nyatakan pandangan dan komen ada di ruangan di bawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed