#sifoodotcom

‘Code of Professional Conduct’ Untuk Pereka Grafik

Kursus di SIFOODOTCOM

Salam,

Baru-baru ini saya telah berkesempatan untuk bersemuka dengan wakil Pertubuhan Wakaf Pereka Grafik Malaysia (wREGA) iaitu Saudara Zachary (Presiden) dan Saudara Razif (Ahli Jawatankuasa). Topik perbualan kami berlegar di sekitar perkara ‘Code of Prosessional Conduct’ yang mampu untuk meningkatkan kredibiliti kerjaya pereka grafik dan menjamin urusniaga dengan klien di masa akan datang. 

Berikut adalah petikan daripada posting yang dibuat oleh Saudara Zachary di Facebook Group Sifoo.com. Saya kongsikan kepada anda semua untuk diteliti dan dimanfaatkan bersama.

[Petikan bermula]

Saya mewakili pihak wREGA teruja dengan pelancaran ‘Code of Professional Conduct‘ pada bulan September ini yang akan dilancarkan bersama Majlis Rekabentuk Malaysia (MRM) dan David Berman (R.G.D., CGD, FGDC) untuk pereka grafik di Malaysia.

Dengan itu saya ingin membuka ruang untuk berdialog berkenaan ‘Code of Professional Conduct‘ dan bagaimana ia membantu anda dalam profesion pereka grafik.

Apakah itu ‘Code of Professional Conduct’?

  • Kod wREGA ini adalah panduan amalan professional untuk reka grafik di Malaysia. Ia adalah satu standard etika yang diterima oleh semua ahli-ahli wREGA untuk memupuk integriti dan respek kepada profession reka grafik. Kod ini meliputi beberapa bab penting. Antaranya adalah; tanggungjawab kepada persatuan (wREGA), tanggungjawab kepada pelanggan (client), tanggungjawab kepada pereka grafik yang lain, tanggungjawab kepada orang ramai, dan tanggungjawab kepada masyarakat dan alam sekitar.
  • Kod ini menggalakkan ciri-ciri standard yang adil untuk keperluan ahli wREGA dan bidang reka grafik.
  • Kod wREGA ini mematuhi piawaian antarabangsa ditubuhkan oleh International Council of Communication Design (Icograda).

Bagaimana Code of Professional Conduct akan memberi kesan kepada saya sebagai pereka grafik di Malaysia?

  • Setiap ahli wREGA wajib mematuhi Kod ini dalam bidang mereka, sama ada sebagai freelancer, bekerja sebagai pereka grafik atau pun sebagai pemilik perniagaan dalam bidang reka grafik.
  • Pelancaran dan pelaksanaan Code of Professional Conduct ini adalah fasa pertama untuk certfication of profession.

Bagaimana wREGA memastikan ahli mematuhi Kod ini?

  • wREGA mengawal amalan melalui Grievance Procedure. Mana-mana ahli wREGA boleh memfailkan aduan mengenai salah laku seorang ahli lain atau mana-mana pelanggaran etika yang digariskan dalam Kod. wREGA, melalui Disciplinary dan Ethics Committee akan mengenakan penalti yang adil.

Untuk pengetahuan lanjut, sila hubungi kami melalui email [email protected] atau layari website kami www.wrega.org atau berikan pendapat atau soalan di Facebook group ‘Fans of wREGA.’

Sekian.

Zachary Ong (M.wREGA)
President, 2012 – kini wREGA

[Petikan berakhir]

‘Code of Professional Conduct’ ini akan dilancarkan pada 3 September 2013. Lihat entri rasmi daripada Icograda di http://www.icograda.org/events/events/calendar1122.htm.

Saranan saya, mari kita sama-sama menyokong usaha meningkatkan kredibiliti kerjaya pereka di Malaysia ini.

Sekian. Jumpa lagi. Selamat Hari Raya 🙂

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

2 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed