#sifoodotcom

CodeIgniter Atau Laravel, Yang Mana Lebih Bagus?

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Bila sebut penggunaan PHP framework, koder yang berpengalaman kebiasaannya akan cadangkan penggunaan Laravel untuk memudahkan pembangunan sistem.

Tidak kurang juga yang mencadangkan Symfony, CakePHP atau framework lain yang jarang kita dengar ataupun tak pernah tahu kewujudannya.

Tapi kita abaikan framework lain tu, fokus pada dua sahaja; CodeIgniter atau Laravel.

Perbandingan

Sebelum itu, kita tengok sikit perbandingan ciri-ciri yang terdapat di dalam kedua-dua framework ini.



Klik Penaja Kami

CodeIgniter

CodeIgniter pada asalnya dibangunkan oleh syarikat EllisLab yang menghasilkan CMS ExpressionEngine. Kemudian, framework ini diteruskan pembangunannya oleh British Columbia Institute of Technology.

CodeIgniter versi 4 terkini sedang dibangunkan, namun tidak dinafikan pembangunannya agak perlahan berbanding framework lain.

Apa ciri-ciri menarik pada CodeIgniter? Teruskan membaca…

MVC framework yang mudah

CodeIgniter menggunakan konsep Model-View-Controller yang mudah untuk difahami dan digunakan. 



Klik Penaja Kami

Rujuk https://codeigniter.com/user_guide/overview/mvc.html.

Dokumentasi lengkap

Tidak dinafikan dokumentasi CodeIgniter antara yang terbaik kerana lengkap dengan contoh dan penerangan yang jelas.

Rujuk https://codeigniter.com/user_guide/index.html.

Tutorial untuk pengguna baru

CodeIgniter menyediakan tutorial rasmi cara-cara penggunaan framework ini. Untuk pengguna baru, tutorial ini dapat mengurangkan ketakutan anda untuk menggunakan CodeIgniter. CodeIgniter ni mudah aje, serius ni.

Rujuk https://codeigniter.com/user_guide/tutorial/index.html.

Validasi data

CodeIgniter dilengkapi dengan fungsi untuk membuat validasi data yang diterima daripada pengguna sistem, menjadi sistem kita lebih selamat dari sebarang pencerobohan.

Rujuk https://codeigniter.com/user_guide/libraries/form_validation.html.

Data pagination

Jika anda pernah membangunkan aplikasi web tanpa menggunakan sebarang framework sebelum ini, anda pastinya tahu keperitan menghasilkan pagination untuk paparan data. CodeIgniter menyediakan fungsi ini untuk anda. Menarik, kan?

Rujuk https://codeigniter.com/user_guide/libraries/pagination.html.

Search Engine Friendly URL

Jika biasanya URL pada aplikasi web kita menggunakan query string, pada CodeIgniter kita boleh gunakan URL yang lebih mesra enjin carian. Sebagai contoh URL yang menggunakan query string adalah seperti ini: https://sifoo.com?artikel=2404, manakala URL yang mesra enjin carian seperti ini: https://sifoo.com/artikel/2404.

Rujuk https://codeigniter.com/user_guide/general/urls.html.

Okay, setakat ini sahaja, walaupun sebenarnya banyak lagi ciri-ciri yang ditawarkan. Sekarang lihat pula apa ciri-ciri yang ada pada Laravel.

Laravel

Laravel pada asalnya dibangunkan menggunakan kod-kod CodeIgniter. Namun bermula versi 4 dan ke atas, ia dibangunkan semula menggunakan Composer dan komponen-komponen dari Symfony.

Pada ketika artikel ini ditulis, versi 6 telah dikeluarkan dan ia masih menjadi framework yang paling popular di seluruh dunia.

Jom kita tengok beberapa ciri yang menarik minat saya menggunakan Laravel.

Authentication tersedia

Ini merupakan ciri yang paling saya suka, fungsi log masuk, log keluar, daftar, lupa kata laluan dan pengesahan emel lengkap tersedia. Hanya perlu jalankan command tertentu, ianya tersedia untuk anda. 

Rujuk https://laravel.com/docs/6.x/authentication.

Menggunakan Composer

Laravel sendiri dibangunkan menggunakan gabungan beberapa komponen atau pakej lain contohnya daripada Symfony. Jadi, kita juga bebas untuk menambah pakej-pakej lain untuk kegunaan aplikasi kita. 

Rujuk artikel di bawah untuk info tentang Composer.

Eloquent ORM

ORM (Object Relational Mapping) yang disertakan di Laravel sangat membantu mempercepatkan kerja, kerana ianya sangat mudah. Sintak Eloquent mudah untuk difahami, dan data yang dihantar akan ditapis terlebih dahulu. Membuat database query menggabungkan beberapa table tidak lagi menjadi mimpi ngeri para koder.

Rujuk https://laravel.com/docs/6.x/eloquent.

Data validasi

Sama seperti CodeIgniter, Laravel juga dilengkapi dengan fungsi untuk menjalankan validasi data yang diterima daripada pengguna. Banyak jenis validasi data yang didatangkan di dalam Laravel dan kita juga boleh hasilkan validasi data sendiri jika diperlukan.

Rujuk https://laravel.com/docs/6.x/validation.

Task Scheduling

Jika aplikasi anda mempunyai fungsi-fungsi yang ingin anda jalankan pada tempoh waktu tertentu, Task Scheduling pada Laravel dapat membantu anda. Contohnya, anda ingin memproses penghantaran SMS setiap 5 minit, atau 10 minit, ianya mudah dilakukan di Laravel.

Rujuk https://laravel.com/docs/6.x/scheduling.

DB Migrations

Bayangkan anda bekerja dalam satu kumpulan pada satu aplikasi yang sama, bagaimana anda berkongsi struktur database sesama ahli kumpulan? SQL dump? Gunakan remote database? Penggunaan DB migration dapat membantu setiap ahli kumpulan mendapatkan struktur database yang sama untuk semua, hanya perlu jalankan arahan tertentu sahaja.

Rujuk https://laravel.com/docs/6.x/migration.

Jadi, mana yang lebih bagus?

Okay, sebenarnya soalan ini sangat subjektif. Kedua-dua framework adalah bagus. Ianya bergantung kepada pengetahuan dan kepakaran anda. Jika anda tanya pada orang lain pun, susah nak cadangkan mana yang sesuai dengan anda.

Tapi, bagi mengurangkan kegusaran anda, di bawah ini saya senaraikan beberapa faktor pemberat kepada pemilihan framework yang sesuai.

Pilih CodeIgniter jika anda…

  1. Tidak biasa menggunakan Terminal atau Command Line
  2. Belum faham konsep MVC secara mendalam
  3. Masih baru membangunkan aplikasi web PHP
  4. Tidak pernah tahu apa itu PHP Namespace
  5. Masih menggunakan shared hosting

Pilih Laravel jika anda…

  1. Lebih banyak menggunakan Terminal atau Command Prompt
  2. Faham tentang Object Oriented secara mendalam
  3. Dah expert dengan konsep MVC
  4. Biasanya menggunakan ORM seperti Doctrine
  5. Tahu apa itu NPM, Webpack dan Vue.js

Kesimpulan

Tidak kira apa sahaja framework yang ingin anda gunakan, yang penting adalah anda tidak berhenti untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga jangan jemu untuk mencari jawapan kepada masalah anda di Internet. Banyak tutorial untuk CodeIgniter dan Laravel yang boleh dijadikan rujukan.

Apapun, framework ini hanyalah pemudah cara semata, hasil usaha anda sendiri yang menentukan kejayaan aplikasi yang hendak dibangunkan.

Nota

Perbandingan ini adalah berdasarkan pengalaman saya sendiri menggunakan CodeIgniter selama lebih daripada 3 tahun dan Laravel dalam tempoh yang melebihi 5 tahun. Sila jangan kecam ya…

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Avatar

syahzul

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed