#sifoodotcom

Computer Glasses, Perlu Ke Untuk Designer?

Klik Penaja Kami

Terdedah kepada cahaya dari skrin monitor secara berpanjangan akan memberi kesan kepada mata kepada mata pengguna. Designer meluangkan sangat banyak masa menghadap skrin.

Salah satu cara untuk mengurangkan kesan tak baik ini ialah dengan menggunakan computer glasses.

Kami pasti ramai designer, video editor malah gamers sendiri yang tertanya-tanya mengenai keberkesanan menggunakan computer glasses ketika berhadapan dengan cahaya yang terpancar dari monitor.

Kenapa Wujud Cermin Mata Ini?

Cermin mata ini dibina khusus kepada pengguna komputer atau laptop yang tegar. Dikatakan bahawa cermin mata ini memberi pengurangan cahaya biru (blue light) yang terpancar dari monitor ke mata kita.

Sebab itu anda perasan jika di telefon pintar atau peranti lain menyediakan feature night mode, apabila kita menghidupkannya, paparan bertukar kekuningan. Ini adalah untuk mengurangkan cahaya biru masuk ke mata kita. Baru tahu?

Apa Kesan Cahaya Biru Ini?

Okay, jika bercerita mengenai cahaya biru ini. Kita perlu kembali semula subjek fizik zaman sekolah. Di mana bahawa setiap cahaya warna membawa gelombangnya tersendiri.

Ringkasnya, warna biru memberi panjang gelombang (wavelength) yang lebih tinggi berbanding warna lain. Jika terdedah secara berlebihan boleh menyebabkan kerosakan kepada sel-sel di badan.

Owh, Seriusnya?!

Kajian telah pun dibuat dan menghasilkan keputusan yang tidak membahayakan diri apabila kita terdedah dengan cahaya biru dari paparan komputer atau telefon anda.

Namun, terdapat kesan sampingan kepada mereka yang selalu menghadap komputer atau telefon sepanjang hari seperti designer dan gamer.

Kesan-kesan sampingan

  1. Susah untuk tidur – dinasihatkan supaya tidak menggunakan laptop atau telefon 2-3 jam sebelum tidur.
  2. Keletihan dan kering air mata – ini disebabkan mata kurang berkelip, gunakan eye drop untuk kekal basah dan segar.

Kesimpulannya, Perlu atau Tidak?

Pada pendapat kami, setiap badan orang mempunyai kekuatan dan kelemahan tersendiri. Ada yang tidak langsung mengalami kesan walaupun telah lama berkerja dengan komputer (mungkin kesannya belum muncul). Ada yang cepat terkesan dengan cahaya biru ini kerana kelemahan pada mata mereka.

Jika anda sudah mengalami simptom atau kesan ini, kami cadangkan untuk buat langkah pencegahan daripada perkara tersebut berterusan. Andai kesan terasa berlanjutan dan buruk. Sila rujuk kepada pakar mata atau doktor bagi mendapat rawatan dan nasihat.



Klik Penaja Kami

Cara-Cara Pencegahan

1. Memakai Cermin Mata Yang Menghalang Cahaya Biru

Jika anda seorang berkaca mata atas faktor rabun, boleh untuk menambah filter cahaya biru pada cermin tersebut.

Sekiranya anda tidak rabun maka ini pilihan jenama cermin mata yang wujud untuk anda cuba atau belikan kepada seseorang.




Safer Optic

Safer Optic memberi fokus kepada cermin mata bagi melindungi mata dari cahaya biru. Mereka lebih mempromosikan produk untuk kanak-kanak tetapi ada juga untuk orang dewasa.

Arrow Gaming Glasses

Ini pula jenama yang lebih khusus kepada gamer dan streamer.

2. Tukar Kepada Night Mode atau Ubah Suhu Warna Paparan

Bagi telefon pintar, anda hanya ada pilihan Night Mode.

Manakala bagi paparan komputer atau laptop, anda boleh setting color temperature mengikut keselesaan anda. Sesetengah monitor mempunyai setting khas untuk mengurangkan cahaya biru pada paparan.


Sekian perkongsian kami pada artikel kali ni. Jika anda ada pandangan atau pengalaman dan ingin berkongsinya boleh komen dalam ruangan di bawah.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Iylia)




Klik Penaja Kami

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed