#sifoodotcom

Cygwin, SSH client untuk pengguna Windows

Kursus di SIFOODOTCOM

Secure Shell (SSH) is a cryptographic network protocol for secure data communication, remote command-line login, remote command execution, and other secure network services between two networked computers.[/pullquote]

Untuk pengguna yang mempunyai VPS atau Dedicated Server yang mempunyai sistem operasi Linux/Unix, penggunaan SSH (Secure Shell) amat penting untuk mengurus dan mentadbir server tersebut. Bagi pengguna Linux desktop atau Mac OS X, perisian Terminal telah tersedia untuk digunakan. Tetapi untuk pengguna Windows, anda perlu memasang perisian ini terlebih dahulu.

PuTTY merupakan salah satu perisian yang popular digunakan untuk tujuan ini, tetapi kali ini kita akan lihat satu lagi perisian iaitu Cygwin.

Langkah 1

Muat turun Cygwin 32bit atau 64bit

Muat turun perisian Cygwin dari laman web https://cygwin.com/install.html. Pilih versi 32bit atau 64bit mengikut kesesuaian sistem operasi Windows anda.

Langkah 2

Mulakan proses pemasangan Cygwin

Jalankan proses pemasangan Cygwin pada komputer dengan double-click pada fail installer Cygwin.

Langkah 3

Pilih Install from Internet

Daripada pilihan yang diberikan, pilih Install from Internet.

Langkah 4

Tetapkan lokasi pemasangan Cygwin

Seterusnya, tetapkan lokasi pemasangan Cygwin. Nilai default yang ditetapkan ialah di lokasi C:\cygwin.

Langkah 5

Pilih lokasi sementara untuk simpanan fail-fail Cygwin.

Pilih lokasi sementara untuk simpanan fail-fail Cygwin. Fail-fail ini juga akan digunakan untuk re-install mana-mana aplikasi di dalam Cygwin.

Langkah 6

Pilih jenis sambungan Internet

Pilih jenis sambungan Internet anda. Biarkan pilihan Direct Connection jika anda tidak menggunakan mana-mana proxy untuk sambungan ke Internet.

Langkah 7

Pilih mirror yang terhampir dengan lokasi

Pilih mirror yang paling hampir dengan lokasi anda. Jika anda mempunyai sambungan Internet yang laju (Unifi misalnya), anda boleh pilih mana-mana mirror yang anda mahukan.

Langkah 8

Tunggu Cygwin memuat-turun fail untuk tujuan pemasangan

Tunggu Cygwin selesai memuat-turun fail untuk tujuan pemasangan.

Langkah 9

Cari SSH pada kotak Search

Setelah selesai, satu dialog box baru akan dipaparkan. Cari ssh pada kotak Search dan pilih:

  1. autossh
  2. libssh2_1
  3. openssh

Langkah 10

Cari Wget pada kotak Search

Seterusnya, cari wget menggunakan kotak Search dan tekan butang Next.

Langkah 11

Cygwin akan memilih dependancies

Cygwin akan memilih dependancies untuk ssh dan wget yang akan dipasang.

Langkah 12

Pemasangan Cygwin selesai

Setelah pemasangan selesai, anda boleh memilih untuk mencipta satu shortcut di Desktop dan juga Start Menu.

Selesai

Cygwin sedia untuk digunakan

Setelah semuanya selesai, anda boleh menggunakan shortcut Cygwin pada Desktop anda untuk mengakses server Linux anda.

Komen via Facebook

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed