#sifoodotcom

Design adalah Common-Sense

Kursus di SIFOODOTCOM



Klik Penaja Kami


Klik Penaja Kami

Salam semua,

Dah lama saya terasa nak menulis tentang tajuk di atas. Design adalah common-sense adalah pendapat saya tentang cara pemikiran seorang designer yang bagus. Bagaimana common-sense boleh membantu seseorang menjadi designer yang baik?

Common sense bermaksud fikiran atau perasaan yang masuk akal atau satu kepercayaan yang mana majoriti orang boleh menerimanya dengan baik dan dianggap betul. Jadi, common sense adalah bersamaan dengan pengetahuan dan pengalaman yang dimiliki oleh ramai orang. “Good common sense” boleh pula dikatakan seseorang itu mempunyai tahap asas pengetahuan praktikal dan pertimbangan yang diperlukan untuk hidup di dalam cara yang selamat dan munasabah.

Sebagai contoh, kalau kita hendak meletak kereta yang dipandu, tempat yang praktikal adalah di tempat letak kenderaan yang sesuai atau setidak-tidaknya di tepi jalan. Perkara yang tak masuk akal ialah meletak kenderaan di tengah jalan.



Klik Penaja Kami

Ok. Kenapa saya kaitkan design dengan common-sense?

Saya selalu asingkan seni (art) dengan rekabentuk (design) kerana kedua-duanya mempunyai prinsip yang berbeza walaupun sentiasa digabungkan. Dan, penggabungan keduanya adalah sangat perlu. Seni lebih bebas dan bergantung kepada pengkarya untuk menghasilkan karya seni. Design pula biasanya mempunyai rule. Anda boleh google “design rules of thumb” untuk mengetahui beberapa guide penting dalam membuat design. Rule yang dibuat biasanya berdasarkan common sense.

Sebagai contoh, kalau kita buat design layout untuk sesuatu yang formal, font yang digunakan mestilah font yang formal (tak sesuai kalau guna font macam Comic Sans dan yang sewaktu dengannya). Atau, sebaliknya, kalau kita buat design untuk poster konsert rock, tak sesuailah kalau designnya dibuat seperti layout buku annual report. Sebab dalam design rules of thumb kita kena pertimbangkan kesesuaian “audience”.

Kalau kita ambil contoh design rumah pun sama juga. Pintu utama mestilah letaknya di depan rumah dan tak masuk akal kalau designer meletakkannya di tempat lain. Atau, dek kerana terlalu ingin berseni beliau design pintu yang berbentuk bukan segiempat tepat. Bukan tak boleh (atas dasar seni) tetapi praktikalnya akan jadi susah sebab kontraktor kena upah tukang kayu yang mahir untuk hasilkan bentuk pintu yang pelik dan mungkin menyusahkan apabila nak bawa sesetengah perabot melalui pintu tersebut. Akibatnya, kos jadi tinggi.



Klik Penaja Kami

Dalam bidang penerbitan, layout design mesti mengambil kira setting margin dan column gutter. Bayangkan kalau kita baca majalah tanpa margin atau margin yang tidak konsisten pada setiap halamannya.

Begitupun, ada juga yang akan berpendapat untuk “break the rule”. Bagi saya, untuk “break the rule” kita kena faham dan tahu praktikaliti “rule” dahulu bukan melanggar secara membuta-tuli.

Untuk mendapatkan common-sense yang baik, kita harus mempunyai banyak pengalaman dan banyak ilmu serta pemikiran yang rasional. Jadi, designer juga harus banyak membaca, membuat rujukan di samping sentiasa menambah ilmu di dada. Ini adalah kerana dunia design sentiasa berubah mengikut trend biar pun prinsip asasnya tetap sama.

Kesimpulannya, design yang baik datang dari common-sense yang baik.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed