#sifoodotcom

DROPART.XYZ : Platform Komuniti Kreatif Independent Di Malaysia Yang Aktif Berkembang

Kursus di SIFOODOTCOM

Hidup dalam komuniti sangat penting untuk perkembangan kehidupan yang lebih baik. Dalam komuniti, kita akan bergaul dengan pelbagai ragam orang, berkongsi pandangan, mengikuti isu semasa, dan sebagainya.

Begitu juga kita sebagai seorang yang berkecimpung dalam dunia kreatif. Tidak kira samada anda berlatar belakangkan arts atau graphic design. “Arts & Design” berpisah tiada.

Kali ini #sifoodotcom ingin berkongsi salah satu komuniti yang ada di Malaysia, yang menjadi tempat orang-orang kreatif berkongsi artwork, pandangan, inspirasi dan sebagainya.

Tidak lain dan tidak bukan, itulah DROPART.XYZ. Anda boleh terus ke website www.dropart.xyz untuk join komuniti kreatif ini dan mula bergaul dengan orang yang sama minat atau kemahiran dengan anda dalam dunia kreatif ini.

Baru sahaja dilancarkan pada januari 2018, Komuniti ini telah berkembang bersama pelbagai program-program yang bukan “typical” malah memberi nilai baru untuk komuniti. Berkonsepkan “open source community”, dropart bukan sahaja mengumpulkan designer dan artwork, malah bersama membangunkan rangkaian komuniti-komuniti kreatif yang berkaitan di bawah 1 indepedent industri.

Lebih dikenali melalui event mereka pada tahun lalu DROP-X (Exhibition), dan seterusnya DROPARTV yang banyak berkongsi info industri kreatif di Malaysia, Dropart sebenarnya merupakan sebuah platform berbentuk komuniti digital untuk artist dan designer.

Kali ini saya nak kongsikan antara platform tempatan yang terbaik untuk pengkarya seni dan designer iaitu http://www.dropart.xyz/. Platform ini  untuk designer di Malaysia berkongsikan karya dan menjadi sebahagian komuniti mereka. Tidak seperti social media biasa di mana user perlu untuk follow dan tambah rangkaian kenalan, dropart adalah sebuah platform yang dibangunkan untuk memudahkan perkongsian bakat tanpa batasan.

Channel Dropart.tv oleh Dropart.xyz

Keutamaan platform ini adalah perkongsian, berkongsi dan terus berkongsi. Platform ini juga sangat simple dan mudah digunakan. Konsep directory dan portfolionya juga sangat santai dan artist biasanya tidak perlu terlalu kerap untuk mengupload karya seperti laman social lain dimana konsep “nature” platform ini bukan terlalu bersosial buat masa ini. Cuma sayangnya platform ini masih hanya dalam bentuk web.

3 Halaman utama platform ini adalah WALL yang transparent untuk semua boleh melihat artwork yang dikongsi walaupun tidak berdaftar (login), BANK sebagai directory seperti kategori yang buat masa ini hanya terdapat beberapa kategori utama sepetti graphic, photography, illustration dan pelbagai lagi. Dan tab profile untuk profile designer.

Jika anda pernah mendengar drop8,D ropart+, Dropartv, semua program-program yang dibangunkan adalah kandungan dari platform berkenaan dan pada Oktober lepas, dropart berjaya menganjurkan DROP-X, sebuah exhibition cross community di mana sebuah event 2 hari yang menggabungkan pelbagai jenis pameran dan program berkaitan creative industry. Mereka juga aktif dengen program komuniti gathering dan sebagainya. https://www.youtube.com/watch?v=ioS41ZOciFo&t=9s

Ini antara aktiviti di mana #sifoodotcom terlibat bersama dropart. Perkongsian tentang dunia grafik dengan beberapa panel lain yang cukup dikenali ramai.

Teruskan memberi sokongan kepada DROPART Malaysia untuk kebaikan kita bersama.

Semoga DROPART terus aktif dengan pelbagai program-program yang boleh meningkatkan lagi kualiti pengkarya seni dan grafik tanah air.

Untuk mendapat perkembangan yang lebih lanjut, boleh follow facebook page Dropart
https://www.facebook.com/dropart.xyz/

Dan follow juga foundernya sendiri:
https://www.facebook.com/nurakmalmalrun

Komen via Facebook

M. Syafiq Azman

M. Syafiq Azman

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed