#sifoodotcom

Efek Fokus dan Kabur

Tutorial Photoshop kali ini akan menerangkan langkah-langkah menghasilkan efek fokus dan kabur (focus & blur effect) dalam satu imej. Teknik ini menggabungkan penggunaan layer mask dan filter blur.

Kita akan cuba hasilkan efek seperti di atas.

Apa Yang Diperlukan:

frame

  • Imej bingkai gambar (picture frame): Boleh cari di google.
  • Atau, klik imej di atas untuk download fail bingkai gambar tersebut (klik kanan dan save image).

Langkah 1:

fokus01

  • Buat satu fail baru.
  • Setkan saiz pada Width: 1200 pixels, Height: 800 pixels dan Resolution: 72 pixels/inch.

Langkah 2:

fokus02

  • Setkan warna latarbelakang dengan menggunakan Gradient Fill. Ikut langkah-langkah berikut:
  • a: klik pada ikon add new fill > Gradient…
  • b: satu layer akan muncul – Gradient Fill 1.
  • c: setkan Style: Radial.
  • d: setkan nilai Scale pada 200% (lebih kurang).
  • e. klik pada bar gradient untuk keluarkan Gradient Editor. Dan setkan warna-warna berikut:
    • Point 1: dbb272
    • Point 2: 382714
    • Point 3: 1d1002
  • Klik OK!

Langkah 3:

fokus03

  • Taip satu teks atau paste logo di satu layer yang baru.
  • Kemudian, klik kanan pada layer baru ini dan pilih Convert to Smart Object.

Langkah 4:

fokus04

  • Klik pada menu Filter > Blur > Gaussian Blur.
  • Setkan nilai Radius: 10 pixels atau mengikut kesesuaian citarasa anda.
  • Klik OK.

Langkah 5:

fokus05

  • Placekan imej bingkai gambar yang telah anda cari di google atau telah download dari sample yang diberi (di atas).
  • Gunakan kaedah File > Place atau copy paste atau drag and drop. Ikut mana suka.

Langkah 6:

fokus06

  • Gunakan Magic Wand Tool. Select bahagian tengah bingkai gambar.

Langkah 7:

fokus07

  • Tekan Alt sambil klik pada ikon add layer mask di bahagian bawah panel layer.
  • Ini akan menyebabkan bahagian yang diselect tadi akan ‘hilang’.
  • Atau, klik pada menu Layer > Layer Mask > Hide Selection.

Langkah 8:

fokus08

  • Seterusnya, ikuti langkah-langkah berikut:
  • a: Guna Magic Wand Tool sekali lagi. Select ruangan tengah frame (sama seperti langkah sebelum ini).
  • b: Klik pada kotak filter effects mask thumbnail (Smart Filter). Lihat imej di atas.
  • c: Kemudian, klik pada menu Edit > Fill. Pilih contents: Black. Klik OK.

Hasil Setakat Ini:

hasil_setakat_08

 

  • Ok, ini adalah hasil setakat ini. Semak hasil anda dan juga susunan layer seperti yang ditunjuk di atas.

Langkah 9:

fokus09

  • Akhir sekali, untuk sedikit penambah perisa, applykan drop shadow pada layer bingkai gambar.
  • Boleh gunakan setting drop shadow seperti di atas.
  • Itu sahaja.

Hasil:

fokus

 

Selamat mencuba!

Imran

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.

Kursus di SIFOODOTCOM

4 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed