#sifoodotcom

Etika Yang Sering Di Abaikan Fotojurnalis. (Bahagian 1)

Kursus di SIFOODOTCOM

“Berdirinya sebuah organisasi berita bergantung penuh kepada reputasi dan krediblitinya”


Tony Burman, ex-editor-in-chief of CBC News, The Globe and Mail,

Fotojurnalis dan sesiapa yang terlibat dalam penerbitan berita visual ada­lah dipertanggungjawabkan untuk memastikan reputasi, kredibiliti dan integriti bidang ini dijaga supaya institusi ini sentiasa di pandang tinggi dan dipercayai oleh masyarakat. Adalah menjadi keperluan yang mendesak agar standard etika ini diamal­kan dalam menjalankan tugas harian.

Berikut ialah bahagian pertama senarai etika fotojurnalisma yang perlu diambil perhatian serius oleh setiap fotojurnalis.


Etika 1: Tepat dan lengkap dalam mengutarakan sesuatu subjek

Kena pastikan siapa sebenarnya subjek yang mahu diutarakan. Tidak boleh hanya menilai atau menganggap subjek mengikut pandangan kita.

Two Malaysian youths stamp their hand-prints on a banner during a peace march to mark the 60th anniversary of the Hiroshima bombing in Kuala Lumpur, Malaysia 06 August 2005. Around one thousand people participated in the march to rally against war, nuclear proliferation, militarism and any kind of arms race.

Etika 2: Menolak untuk dimanipulasi oleh lakonan gambar yang dirancang.

Contoh situasi: Protes jalanan – situasi semasa protes kelihatan normal, tapi bila hadirnya fotojurnalis mulalah penunjuk perasaan itu mengangkat poster dan melaungkan slogan hanya kerana mahu gambar mereka diambil oleh fotojurnalis tersebut dan mesej mereka sampai melalui gambar yang hen­dak diambil.

Secara tak langsung penunjuk perasaan telah memanipu­lasi fotojurnalis untuk gambar mereka diambil dan disiarkan. Seterusnya pembaca dapat melihat apa yang diperjuangkan oleh penunjuk perasaan ini. Secara tidak sedar kita memberi tanggapan yang salah terhadap masyarakat, kerana acara/kejadian tersebut tidaklah setegang yang di­paparkan melalui imej yang disiarkan. Di sini secara jelas fotojurnalis telah dimanipulasi.

Persediaan seorang fotojurnalis agar tidak dimanipulasi

Sebagai fotojurnalis tugasnya ialah melaporkan perkara yang benar. Sen­tiasa bersedia agar tidak dimanipulasi oleh subjek. Seperti kes diatas, se­lalunya penunjuk perasaan tahu dengan kepentingan gambar jadi mereka akan melakukan aksi atau jadikan suasana kelihatan tegang. Cuma ambil gambar mereka sahaja tetapi tidak menyerahkan gambar “lakonan” kepada penyunt­ing akhbar.

AFP Photo/Shamshahrin SHAMSUDIN

Etika 3: Elakkan dari meletakkan label stereotype terhadap individu atau kumpulan.

Ini merupakan isu yang agak biasa didengar terutamanya di Malaysia con­tohnya kalau ada sesuatu protes dilakukan atas isu ketidakpuasan hati rakyat kepada kerajaan, secara automatik penunjuk perasaan itu dilabel sebagai ahli parti pembangkang. Di sini sudah terlihat sudah laporan be­rat sebelah, masalahnya sekarang fotojurnalis tidak berat sebelah tetapi agenda oleh pemilik akhbar (majikan politik) yang mahukan laporan sede­mikian yang menyebabkan ia berat sebelah. Isu ini juga telah menjadi satu amalan kebiasaan dalam akhbar di Malaysia.

Etika 4: Melayan semua subjek dengan rasa hormat dan bermaru­ah. Memberi pertimbangan istimewa kepada mangsa yang menderita dan simpati kepada mangsa jenayah atau trage­di.

Ini salah satu perkara yang sering berlaku di Malaysia terutamanya dalam membuat liputan tragedi. Oleh kerana terlalu ghairah untuk menda­patkan berita hingga menyebabkan kita lupa kesengsaraan yang dilalui oleh waris-waris mangsa.

Contohnya: seorang ibu yang kehilangan anaknya, si ibu sedang menan­gis. Jangan kerana terlalu teruja hendak merakamkan emosi si ibu yang sedang menangis hingga kita terlupa batas sensiviti dan menunjukkan rasa tidak peka kepada situasi hanya kerana musibah itu bukan berlaku atas diri fotojurnalis tersebut.

Libyan protesters shout slogans and hold placards during a protest near the Libyan Embassy in Kuala Lumpur, Malaysia, 25 February 2011. The Libyan embassy in Malaysia on Tuesday sided with people denouncing strongman Muammar Gaddafi after a crackdown that has killed dozens of people taking part in anti-government protests in Libya, according to a news report.

Etika 5: Ketika mengambil gambar subjek, dilarang sama sekali dengan niat menyumbang kepada pengubahan atau pelu­ang untuk mengubah atau mempengaruhi sesuatu acara.

Perkara ini yang dinamakan staged photo, biar saya jelaskan perbezaan antara staged photo dan photo opportunity

Photo opportunity (gambar yang dirancang) ialah di mana anda telah di­siapkan dengan gambar utama, seringnya acara yang diatur, seperti maj­lis pelancaran kereta atau gambar dua diplomat sedang bersalaman. Pen­ganjur akan menyuruh subjek agar melakukan gaya tertentu.

Staged photo (gambar yang dilakonkan) ialah subjek melakukan aksi atau perlakuan atas kejadian yang tidak berlaku. Fotojurnalis menyuruh subjek melakukan perkara yang tidak dibuat oleh subjek pada masa tersebut un­tuk mendapat gambar yang dikehendaki. Itu adalah kesalahan terbesar.

Contohnya: dalam sesuatu tunjuk perasaan sepatutnya fotojurnalis menunggu untuk merakamkan saat-saat yang diperlukan, sebaliknya fo­tojurnalis menyuruh penunjuk perasaan melaungkan slogan dan menaik­kan poster bagi merakamkan saat yang dikehendaki untuk menghasilkan gambar sebagaimana kehendak fotojurnalis tersebut. Walaupun ada per­tikaian mengenai gambar tersebut yang mengatakan sememangnya pe­nunjuk perasaan sering melakukan perkara sedemikian, tetapi hakikatnya pada saat gambar itu dirakam penunjuk perasaan telah diminta berbuat demikian oleh fotojurnalis.

Baca Bahagian 2

Shamshahrin Shamsudin merupakan fotojurnalis bebas yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang kewartawanan foto beliau pernah berkhidmat untuk agensi berita antarabangsa seperti Agence Frence Presse (AFP), European Pressphoto Agency (EPA).

Pengalamannya yang luas menjadikan beliau sering dijemput menjadi panel forum, festival foto serantau dan perunding pendidikan dalam bidang foto kewartawanan untuk institut pengajian tinggi tempatan. Artikel ditulis oleh Lokman Sokran

Ekori beliau di laman media sosial Facebook/Instagram : @shamshahrin shamsudin

Komen via Facebook

Lokman Sokran

Lokman Sokran

Lokman Sokran merupakan seorang content strategist yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah editor untuk majalah mini – BIKIN (instagram/majalah.bikin). Di waktu senggang beliau gemar memenatkan badan dengan melakukan Freeletics ataupun sekali sekala menelusuri lorong kotaraya Kuala Lumpur untuk merakam kehidupan manusia.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed