#sifoodotcom

Etika Yang Sering Di Abaikan Fotojurnalis. (Bahagian 2)

Kursus di SIFOODOTCOM

Hakikatnya bila anda mendukung kerjaya sebagai fotojurnalis ada tanggungjawab besar iaitu melaporkan perkara yang benar. Cabaran yang hebat ini akan memesongkan fokus seseorang fotojurnalis itu menjadi cenderung untuk menipu. Dalam teknologi manip­ulasi photoshop yang tersedia, lagi hebatlah godaan untuk memanipulasi sesuatu foto itu hendak dilakukan yang akhirnya melaporkan berita palsu.

Shamshahrin Shamsudin

Ini ialah bahagian kedua sambungan artikel mengenai etika fotojurnalisme

Baca Bahagian 1

Etika 6: Proses penyuntingan seharusnya mengekalkan integriti kandungan imej grafik. Dilarang memanipulasi imej atau menambah atau mengubah dengan sebarang cara yang boleh memesongkan tafsiran pembaca.

Telah menjadi satu kebiasaan di sini terma editing adalah bermulanya proses menyimpan gambar ke dalam laptop bermulalah proses suntingan (editing), pemilihan gambar, proses photoshop sehinggalah proses kapsyen berakhir, tetapi tidak!. Maksud sebenar suntingan (editing) ialah proses pertama memilih dari 100 keping gambar kepada beberapa keping sahaja mungkin 5 keping, proses kedua apabila hendak melakukan cropping atau perubahan dalam photoshop itu dinama­kan photo enhancement.

Perkataan photo editing kerap diguna pakai oleh ju­rugambar, tetapi dalam arena fotojurnalisme adalah melalui proses yang saya sebutkan tadi dan proses enhancement yang dibenarkan ialah mengubah color balance, brightness dan contrast. Proses enhancement itu mestilah di­lakukan dengan cara yang paling minima tanpa mengubah keadaan mood foto tersebut.

Etika 7: Dilarang membayar atau menghadiahkan subjek atau sumber atas maklumat dan kerjasama yang telah diberi­kan.

Dalam fotografi melibatkan komersial atau iklan, subjek dan jurugambar akan dibayar untuk melakukan sesuatu penggambaran. Untuk situasi ini kedua-duanya akan berkhidmat mengikut arahan. Fotojurnalis tugasnya ialah melaporkan perkara yang benar, jadi seharusnya setiap fotojurnalis tidak mempunyai apa-apa hubungan atau kepentingan dengan subjek. Ini untuk mengelakkan dari subjek berasa bertanggungjawab untuk beraksi atau berbuat sesuatu dihadapan kamera, seterusnya akan mengubah atau menyimpang dari tujuan asal keaslian sumber berita.

Etika 8: Dilarang menerima hadiah, bantuan atau sumbangan dari pihak yang mahu mencari pengaruh untuk membuat lipu­tan.

Kebanyakan masa anda dijemput oleh pegawai perhubungan awam ke sesebuah majlis atau acara untuk membuat liputan dan sering pengan­jur akan memberi cenderamata. Di Malaysia, ia merupakan satu amalan budaya yang biasa berlaku. Pada pendapat saya ia adalah sesuatu yang boleh diterima kerana ia merupakan satu budaya.

Masalah yang timbul bila ada VIP yang hadir dan penganjur mahu gambarnya diambil bersama VIP tersebut sebagai salah satu bahan liputan. Anda harus mengekalkan tahap profesionalisme dengan tidak menurut permintaan tersebut han­ya kerana anda ‘dibayar’ dengan token atau cenderamata, seterusnya mengelakkan laporan berat sebelah.

Etika 9: Mensabotaj secara sengaja usaha yang dilakukan oleh fotojurna­lis lain

Ini sering berlaku dalam majlis atau acara (photo opportunity), contohnya meminta VIP untuk beraksi mengikut kehendak majlis seperti bersalaman. Ketika kebanyakan fotojurnalis lain sedang berusaha mendapatkan gam­bar, maka anda terus berkata ‘terima kasih Datuk Seri!” menandakan sesi bergambar itu tamat dan VIP beredar walaupun menyedari ada fotojurnalis lain yang masih belum berpeluang merakam gambar.

Etika 10: Penapisan peribadi (Self-censorship)

Walaupun kita membicarakan mengenai ketelusan di dalam membuat laporan, perlu juga  diingatkan bahawasanya sekeping gambar itu mempunyai impak yang kuat; samada baik atau buruk.

Imej seorang pemimpin bersama rakyat, mampu menaikkan reputasi pemimpin tersebut; begitu juga gambar yang menunjukkan tindakan keterlaluan anggota keselamatan terhadap penunjuk perasaan mampu menjatuhkan imej profession itu sendiri. Ianya juga secara tidak langsung menggambarkan kelemahan pentadbiran negara.

Sama juga persoalannya dengan menyiarkan gambar sesuatu kejadian kemalangan. Sebagai seorang fotojurnalis, kita seharusnya bertanya kepada diri sendiri samada patutkah kita menggambarkan sesuatu kejadian itu seadanya, untuk menjaga sensitiviti masyarakat atau haruskah kita memberikan gambaran yang sangat teruk sehingga menimbulkan rasa kurang selesa pembaca untuk menatap gambar tersebut.

Di dalam apa jua keadaan sekalipun, seorang fotojournalis itu haruslah memikirkan impak yang dihasilkan oleh mereka terhadap sesuatu isu/peristiwa itu sebelum membuat keputusan untuk menghantar gambar tersebut kepada penyunting/pengarang. Bagi saya, keutamaan haruslah diberikan kepada menjaga sensitiviti masyarakat dan menjaga kepentingan negara.


Shamshahrin Shamsudin merupakan fotojurnalis bebas yang berpengkalan di Kuala Lumpur, Malaysia. Berpengalaman lebih dari 20 tahun dalam bidang kewartawanan foto beliau pernah berkhidmat untuk agensi berita antarabangsa seperti Agence Frence Presse (AFP), European Pressphoto Agency (EPA).

Pengalamannya yang luas menjadikan beliau sering dijemput menjadi panel forum, festival foto serantau dan perunding pendidikan dalam bidang foto kewartawanan untuk institut pengajian tinggi tempatan. Artikel ditulis oleh Lokman Sokran.

Ekori beliau di laman media sosial Facebook/Instagram : @shamshahrin shamsudin

Komen via Facebook

Lokman Sokran

Lokman Sokran

Lokman Sokran merupakan seorang content strategist yang berpengkalan di Kuala Lumpur. Beliau juga adalah editor untuk majalah mini – BIKIN (instagram/majalah.bikin). Di waktu senggang beliau gemar memenatkan badan dengan melakukan Freeletics ataupun sekali sekala menelusuri lorong kotaraya Kuala Lumpur untuk merakam kehidupan manusia.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed