#sifoodotcom

FlatLay Photography: Merakam Dengan Telefon Pintar Anda

Kursus di SIFOODOTCOM

Tidak ramai yang mengetahui bagaimana telefon pintar merakam ‘Flatlay Photography’ dengan cara yang betul dan tepat. Ada beberapa fakta yang perlu anda ketahui untuk melakukannya dengan jayanya.


Teknik-teknik yang sebetulnya perlu dipelajari. Pelarasan telefon pintar yang betul dan tepat mampu melahirkan visual ‘FlatLay Photography’ yang menarik serta cantik. Jika pelarasan telefon pintar tidak dilakukan dengan tepat, gambar yang terpapar di skrin telefon pintar akan kelihatan tidak rata dan senget sedikit.

Biasanya mata kita boleh membuat penilaian ke atas kedudukan gambar selepas itu. Pelarasan harus rata pada kedudukannya. Biasanya sesetengah pihak meletakkannya pada kedudukan peranti telefon pintar pada tripod khas untuk tujuan ‘FlatLay Photography’ atau di panggil ‘Boom Arm Tripod’. Ini adalah untuk mendapatkan kedudukan sama rata yang tepat. Peralatan ini boleh dibeli di semua outlet yang menjual peralatan kamera atau kedai di atas talian seperti Lazada atau Shopee.

Visual di atas menunjukkan tripod untuk tujuan ‘FlatLay Photography’. Mereka yang masih di tahap amatur digalakkan menggunakan tripod ini kerana ia memudahkan kerja anda melaraskan telefon pintar dan menyusun props terlibat. Ia boleh digunakan untuk telefon pintar atau kamera DSLR. Jika anda ingin menggunakannya untuk telefon pintar, ‘Phone Holder’ perlu dibeli berasingan untuk disambungkan kepada tripod tersebut. Namun begitu anda boleh menggunakan cara kebiasaan dengan memegangnya di tangan dan mesti bijak melaraskannya.

FlatLay photography is an insanely easy way to showcase awesome items you own, tell a story, and wow your Instagram followers. FlatLay is simple to do, can be shot almost anywhere, and can be as simple as emptying a knapsack or arranging the items on your desk. A flat is basically when you’re shooting items from directly above. Usually those items will be arranged or styled on a flat surface.

Kenapa ‘Flatlay Photography’ Sesuai Untuk Telefon Pintar?

Kapasiti telefon pintar adalah terhad berbanding dengan kamera DSLR. ‘FlatLay Photography’ adalah cara paling mudah untuk mendapat gambar bagi tujuan tertentu. Ia mudah dikendalikan dan boleh dilakukan di mana sahaja dengan persediaan yang sangat minimal. ‘Flatlay Photography’ ini boleh dilakukan di atas sebuah meja dan dialaskan dengan latar belakang yang cantik seperti fabrik ‘vintage’, alas meja bercorak atau polos, kayu, karpet berbulu dan sebagainya. Persediaannya cukup ringkas. Ia memerlukan beberapa props yang sesuai dengan konsep yang anda ingini.

Sila lihat gambar di atas untuk menjelaskan bagaimana ‘FlatLay Photography dilakukan dengan teratur dan mudah. Ia hanya boleh dilakukan berhampiran dengan tingkap di kediaman anda.

Izinkan saya berkongsi beberapa gambar makanan yang pernah saya ambil menerusi peranti telefon pintar saya. ‘FlatLay Photography’ adalah kegemaran saya sejak dahulu lagi ketika mengambil gambar makanan.

Jom, tengok video Youtube ini mengenai ‘FlatLay Photography’! Mana tahu ia boleh membantu anda memahami serba sedikit mengenal hal sedemikian.

Selamat mencuba!

Komen via Facebook

Sharmine Md Zin

Sharmine Md Zin

Foodstylist Guru dan Mobile Photography Trainer untuk Sifoo.com. Memiliki pengalaman 18 tahun di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd sebagai Group Advertising Manager dan Managing Editor untuk majalah Remaja and Rasa. Sekarang aktif membuat freelance foodstylist dan berkongsi teknik foto kreatif menggunakan smartphone.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed