#sifoodotcom

Fungsi Grid di Telefon Pintar: Apa Yang Perlu Anda Tahu?

Kursus di SIFOODOTCOM

Ramai tidak mengetahui bahawa telefon pintar mempunyai ‘Grid Lines’ dan kegunaannya. Ramai juga yang tak pernah terasa nak menggodek menu kamera 😛


Fungsi ‘Grid Lines’

Fungsi ‘Grid Lines’ ini mempunyai fungsi tertentu untuk memudahkan tugas mengambil gambar menggunakan telefon pintar. Di setiap peranti telefon pintar, mempunyai fungsi ini. Apa yang perlu anda lakukan ialah mengaktifkan butang ‘Grid Lines’ ini di bahagian tatapan atau ‘Setting’ di bahagian kamera telefon pintar anda. Jaluran ini membentuk 9 kotak (3 x 3) pada skrin telefon pintar dan perlu sentiasa mengaktifkannya bila melakukan tugasan mengambil gambar tidak kira makanan atau pemandangan.

Mengapa ‘Grid Lines’ Ini Penting?

‘Grid Lines’ ini boleh membantu anda menyempurnakan tugasan anda melakukan fotografi telefon pintar menerusi beberapa sebab-sebab tertentu iaitu:-

  1. Membantu anda melakukan komposisi subjek atau props mengikut ruang yang ada mengikut kretiviti anda. Ini termasuk untuk meletakkan subjek utama di tengah-tengah agar ia seimbang termasuk perletakan props sebagai alat menyokong konsep gambar. Komposisi ini bakal membantu anda mendapatkan susun atur menarik dan kepelbagaian ruang atau konsep serta ia tampak seimbang di dalam gambar.
  2. ‘Grid Lines’ ini juga boleh membantu anda membentuk subjek dan props mengikut bentuk yang dikehendaki sama ia lurus, berbentuk ‘L’ serta membantu anda menggunakan ruang sebanyak satu pertiga (1/3) atau dua pertiga (2/3) atau keseluruhan ruang yang kosong. Apa yang penting anda perlu rajin mencuba.
  3. Jaluran ‘Grid Lines’ ini membentuk 9 kotak yang mempunyai saiz yang sama dan tepat. Ia juga mampu menyokong anda untuk menyukat cahaya. Ketika anda hendak mengambil gambar, cubalah anda menyentuh hujung jari anda di setiap satu kotak itu dan anda bakal melihat gambar menjadi terang atau lebih gelap mengikut kesukaan anda. Ada sesetengah orang, mereka suka gambar yang lebih gelap kerana memiliki unsur dramatik dan di satu pihak yang lain lebih gemar gambar yang lebih terang.

Tips: Butang ‘Grid Lines’ ini sangat penting untuk mengambil gambar potrait terutamanya gambar pemandangan. Ia juga boleh membantu anda mengambil gambar makanan, akan tetapi ia bukanlah keutamaan ketika mengambil subjek makanan. Namun ia masih menyumbang sesuatu berguna anda ketika bergambar.

Ayuh, Kita Ikuti Video Tutorial ‘Grid Lines’ Ini!

Video di bawah menceritakan bagaimana mana fungsi ‘Grid Lines’ digunakan. Ini adalah bertujuan untuk memberi pemahaman yang jelas untuk anda mengetahui fungsinya secara betul. Ini dipanggil ‘The Rules Of Third’. Video di bawah ini menunjukkan teknik mengambil gambar potrait dan pemandangan. Anda masih boleh mengadaptasikan fungsi ini ketika mengambil gambar makanan.

Cuba lihat video kedua ini bagaimana wanita ini mengambil gambar telefon pintar dan beliau mengaktifkan ‘Grid Lines’ di telefon pintar.

Pendek Kata…

‘Grid Lines’ ini sangat membantu anda untuk menggunakan ruang yang ada secara maksima dan minima mengikut kehendak anda. Memudahkan perletakan subjek dan props mengikut konsep yang anda mahu. Cubalah berlatih mengambil gambar dengan ‘Grid Lines’ ini untuk melihat hasilnya.

Komen via Facebook

Sharmine Md Zin

Sharmine Md Zin

Foodstylist Guru dan Mobile Photography Trainer untuk Sifoo.com. Memiliki pengalaman 18 tahun di Kumpulan Media Karangkraf Sdn Bhd sebagai Group Advertising Manager dan Managing Editor untuk majalah Remaja and Rasa. Sekarang aktif membuat freelance foodstylist dan berkongsi teknik foto kreatif menggunakan smartphone.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed