#sifoodotcom

GauGAN Membantu Anda Menukarkan Lakaran Kasar Kepada Realistik

Kursus di SIFOODOTCOM

Bagi sesiapa yang baru memiliki komputer mahupun telefon pintar pasti akan mencuba semua aplikasi yang disediakan didalamnya. Ianya termasuk aplikasi ‘Paint’. Pasti sesiapa saja pernah melakukan aktiviti didalam aplikasi ini samada melukis sekadar suka-suka ataupun mempunyai kerja yang perlu diselesaikan dengan menggunakan aplikasi tersebut.

Apa Kaitan ‘Paint’ Dengan GauGAN?

Dicipta oleh jurutera dari NVIDIA, GauGAN adalah aplikasi yang mana mampu menukar lakaran kasar bedasarkan imaginasi anda kepada realistik. Sebenarnya tidaklah berkait, cuma jika anda biasa dengan aplikasi seperti “Paint” ia mungkin akan memudahkan lagi kerja anda apabila menggunakan GauGAN dari segi melakar lukisan secara kasar.

Lukisan menggunakan “Paint”

Lukisan menggunakan GauGAN

Keistimewaan GauGAN

Dengan melakar beberapa baris misalnya, GauGAN mampu menukar lakaran anda kepada bukit-bukau yang dihiasi air terjun. Masih samar-samar? Mari lihat video dibawah!

GauGAN mempunyai tiga alat asas iaitu paint bucket, pen dan pensel. Di bahagian bawah skrin terdapat satu siri objek. Jika anda memilih objek awan kemudian lukiskan garisan dengan pensil. Kemudian GauGAN akan menghasilkan imej awan photorealistic. Lukis bulatan dan isikan dengan paint bucket, maka terhasilah awan seakan warna pada musim panas.

Anda juga boleh memilih butang pokok kemudian melukiskan bentuk pokok maka akan terhasil pokok yang cantik dan sebagainya.

Mengapa GauGAN?

Pihak NVIDIA yakin penggunaan sistem GauGAN sangat bermanfaat di dalam industri pembinaan, pembangunan robot dan melatih sistem swapandu kenderaan di masa hadapan.

Kecerdasan GauGAN yang mempunyai pelbagai fungsi akan memudahkan kerja-kerja yang sukar dan leceh. Selain itu, ianya menjimatkan masa anda untuk menghasilkan sesuatu yang remeh. Sangat mudah!

Komen via Facebook

Sifoo.com

Sifoo.com

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed