#sifoodotcom

Hidupkan Warna Yang Pudar

Anda mesti pernah mengambil foto dan merasakan foto tersebut agak malap atau pudar warnanya (dull).

Komen via Facebook

Klik Penaja Kami

Terdapat berbagai cara di dalam Photoshop untuk menghidupkan warna foto tersebut. Mari kita lihat salah satu daripada caranya.

Foto Asal:

Hasil:

Langkah 1:

  • Buka fail foto pilihan anda di dalam Photoshop.
  • Pertama sekali saya akan sharpenkan sedikit foto ini. Klik menu Filter > Sharpen > Sharpen.
  • Kemudian, duplicatekan layer ‘background’ dan tukarkan blend mode daripada Normal kepada Soft Light.

Langkah 2:

  • Seterusnya, duplicate pula layer yang telah ditukarkan kepada Soft Light tadi.
  • Kali ini, applykan filter Gaussian Blur. Klik menu Filter > Blur > Gaussian Blur (setkan radius 10 pixels).
  • Kemudian, tukarkan pula blend mode daripada Soft Light kepada Overlay dengan Opacity 20%.

Langkah 3:

  • Seterusnya, duplicate lagi. Kali ini, layer yang baru ditukarkan kepada Overlay tadi.
  • Dan, tukarkan blend mode daripada Overlay kepada Color Dodge dengan Opacity 10%.
  • Siap!
Langkah Tambahan (Jika Perlu):

  • Jika setelah melakukan tiga langkah di atas foto anda masih lagi kurang menarik. And mungkin perlu membuat sedikit adjusment menggunakan Curve di atas layer background.
  • Pilih layer background. Dan, klik pada ikon Create New Adjustment Layer > Curve.

Perbandingan Sebelum & Selepas:

 

Komen via Facebook

Imran

Pengasas, Sifoo.com - bekerjaya dalam bidang graphic design, aktif mengendalikan kursus graphic design serta minat seni visual secara umumnya.




Klik Penaja Kami

6 komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed