#sifoodotcom

Huawei Nova 4 Telefon Pintar Terbaik Untuk Penyuntingan Video.

Kursus di SIFOODOTCOM

Sekarang ni setiap syarikat telefon pintar seperti berpusu-pusu mencipta telefon baru dan pastinya setiap dari telefon tersebut mempunyai kuasa ataupun kemudahan yang tidak ada pada telefon yang lain sebelumnya. Terbaru syarikat Huawei baru melancarkan telefon Huawei nova 4 sebagai pengganti bagi Huawei nova3. Tidak dinafikan bahawa telefon pintar Huawei kini menjadi rebutan kerana kelebihan yang banyak ada padanya serta dijual dengan harga mampu milik.

NOVA 4 Direka Istimewa Untuk Videografi.

1. Merakam video Ultra-HD berkualiti tinggi.

Huawei Nova 4 menjanjikan effect video dan gambar yang menarik. Dengan 25-megapixel sensor pasti memberi kepuasan bagi mereka yang sukakan selfie disertakan dengan fungsi AI yang akan menghasilkan effect yang cukup menarik mengikut keperluan anda.

Pada kamera belekang terdapat 20megapixel kamera wide biasa, 16 kamera megapixel untuk kamera ultra lebar dan2 megapixel untuk mengesan kedalaman gambar.Meningkatkan Hasil Rakaman Dengan Bantuan AI Di Dalam Video Editor.

Jom tengok video ni untuk melihat kualiti kamera Huawei Nova 4.

2. Bantuan AI Di Dalam Video Editor.

Bagaimana caranya untuk mendapatkan hasil video menarik. Adakah dengan memuat turun aplikasi-aplikasi di Google Store? Dengan Huawei Nova 4 anda tidak perlu bimbang kerana editor AI terbina di dalamnya dan mudah digunakan.


AI boleh menghasilkan video kreatif hanya dengan satu sentuhan. Ia juga cukup boleh mengesan wajah dan konteks video anda.

3. Penstabil Imej Atau Rakaman Automatik.

Tak perlu risau kalau korang jenis yang shaking semasa merakam gambar. EIS (Electric Image Stabilization) yang ada pada Nova 4 akan membetulkan genggaman tangan semasa merakam video, dan memberikan kestabilan tambahan apabila ia mengesan objek yang bergerak.
Ia mengubah secara automatik kelajuan shutter, ISO dan sebagainya untuk mengurangkan getaran.

4. Super Slow- Motion.

Huawei Nova 4 juga mempunyai effect super slow motion iaitu kuasa untuk membuatkan pegerakan pada rakaman anda menjadi lebih perlahan daripada asal. Nova 4 dapat merakam video sehingga di 480 bingkai sesaat. Fuh, ni kalau kayuh basikal pun boleh jadi sangat menarik. Ianya cukup perlahan untuk membuat perkara-perkara dramatik.

Lihat bagaimana kuasa Huawei Nova 4 dengan effect slow-motion.

5. Deringan Video Untuk Panggilan Masuk

Ringtone menggunakan lagu kegemaran sudah terlalu biasa. Habis tu nak buat macam mana untuk jadikan luar biasa? Ha! Dengan Nova 4, anda boleh tetapkan ringtone anda dengan video-video anda tersendiri atau boleh muat turun video menarik daripada TikTok!

Haaa! Hael Husaini dan Wany Hasrita dah cuba, anda bile lagi? Tapi jangan ingat set Nova 4 ni siap dengan nombor telefon mereka pula ya.

Banyak lagi kelebihan yang ada pada Nova 4, anda boleh klik sini untuk lihat lebih lanjut.

Jadi jika anda berniat untuk menukar telefon, mungkin ada boleh usha tentang nova 4 ni. Dengan semua kelebihan yang ada, anda boleh dapatkannya dengan harga serendah RM1799. Cukup dan sangat memadai dengan kelengkapan yang sempurna ni.

Komen via Facebook

Sifoo.com (Amira)

Sifoo.com (Amira)

Sumber Grafik dan Multimedia Malaysia - Sejak Tahun 2000.

Kursus di SIFOODOTCOM

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed