#sifoodotcom

Huawei vs Google Mobile Services

Klik Penaja Kami

Pada 19 Mei 2019, dunia dikejutkan dengan satu kenyataan media daripada Google bahawa mereka akan menghentikan perkhidmatan Google Mobile Services (GMS) yang merangkumi Gmail, Google Play Store, Youtube dan sebagainya dalam peranti Huawei selepas itu.

Telefon terakhir Huawei yang menerima GMS adalah Huawei P30 Pro yang dikeluarkan pada 16 Mei 2019.



Klik Penaja Kami

Maka, muncul pelbagai persoalan bagi peminat Huawei dari seluruh negara berkaitan permasalahan ini. Antaranya ialah:

1. Adakah telefon mereka masih menerima update terbaru atau akan lenyap?

Bagi peranti Huawei yang dilancarkan pada tahun 2019 dan sebelumnya, Huawei telah memberi jaminan bahawa peranti mereka masih menerima update terbaru pada tahun berikutnya untuk aplikasi yang mempunyai update tersendiri.


“Pelanggan kami masih terus menerima kemas kini dan perkhidmatan perisian, dan terima kasih kepada kekuatan open-source community dan kemampuan R&D canggih kami sendiri”

Huawei

“Pelanggan kami masih terus menerima kemas kini dan perkhidmatan perisian, dan terima kasih kepada kekuatan open-source community dan kemampuan R&D canggih kami sendiri,” lapor Huawei. “Untuk telefon dengan Google Play, semua aplikasi yang daripada Google Play dan aplikasi Google lain akan terus menerima kemas kini. Untuk telefon yang tidak disertakan dengan Google Play, aplikasi dan kemas kini baru dapat didapati melalui Huawei AppGallery yang telah dipasang sebelumnya. “

2. Jika masih berminat dengan siri Huawei, maka, bolehkah install aplikasi yang biasa digunakan sehari-hari?

Kepada mereka yang ingin memiliki telefon pintar Huawei. Terdapat dua cara untuk terus mengguna aplikasi pada sebelum ini.

1. Huawei AppGallery

Setelah terhentinya GMS, maka Huawei telah membentuk perkhidmatan telefon mereka sendiri yang dipanggil Huawei Mobile Services (HMS).

Jika sebelum ni anda menggunakan Google Play Store untuk download aplikasi, kini mereka menyediakan Huawei AppGallery.



Klik Penaja Kami

Namun begitu, anda masih tidak dapat menerima sebarang aplikasi daripada Google seperti Gmail, Docs, Sheets, Slides dan sebagainya.

Antara aplikasi yang boleh anda muat turun adalah seperti berikut:

  • Telegram
  • WeChat
  • DingTalk
  • Maybank2u
  • Foodpanda
  • Grab
  • MySejahtera

2. Install Google Play Store Manually

Kebiasaannya kami melihat kedai-kedai penjual telefon selain Huawei official store, mereka memberi perkhidmatan percuma dengan siap tersedia Google Play Store di dalam telefon tersebut.

Jika anda ingin muat turun sendiri. File tersebut dalam format .apk, anda boleh terus muat turun daripada mana-mana laman sesawang dan install. Namun begitu ia mempunyai risiko yang tersendiri. Kerana software tersebut berada luar daripada keselamatan yang disediakan. Dengan erti kata lain atas risiko sendiri.

Oleh itu, agak sukar untuk kita mendengar sebarang rungutan jika ia berlaku masalah. Tetapi rata-rata yang membuatnya tiada masalah atas faktor saluran yang bersih tanpa virus atau malware.

3. Apa perancangan Huawei pada masa akan datang untuk menarik kembali minat pengguna secara global?

Seperti yang dimaklumkan sebelum ini, mereka sudah mula menyediakan Huawei AppGallery.

Sekarang mereka masih dalam R&D untuk Operating System yang baru menggantikan Android iaitu HarmonyOS atau HongMengOS (lebih dikenali di China).

Kemungkinan besar kita boleh melihat HarmonyOS dalam tahun 2021 ini

Sekian sahaja perkongsian artikel pada kali ini. Sebarang pandangan boleh komen dalam ruangan di bawah.

Komen via Facebook



Klik Penaja Kami

Sifoo.com (Iylia)

Sifoo.com (Iylia)

Tambah komen

Follow us

Don't be shy, get in touch. We love meeting interesting people and making new friends.

Most discussed